Johor cuti esok sempena juarai Liga Super
- Pasukan JDT meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Sarawak dengan 1-0 pada perlawanan Liga Super 2014 di Stadium Negeri di Kuching, malam ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena
kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.
Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.
"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.
"Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

0 orang berkata:
Post a Comment