Kepala lembu depan rumah Rayer
- Kelihatan kepala lembu diletakkan dihadapan rumah Rayer, pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
GEORGETOWN – Suasana pagi Sabtu Adun Seri Delima, RSN Rayer terganggu
apabila satu kepala lembu diletakkan di hadapan rumahnya di Island Park,
pagi tadi.
Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan isterinya yang bersiap untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah kira-kira jam 7 pagi.
Masih terkejut dengan insiden itu, Rayer bagaimanapun enggan membuat spekulasi siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan.
“Polis sudah berada di rumah saya sekarang ini dan akan mengambil tindakan seterusnya.
“Selepas ini saya akan langkah berwaspada dalam memastikan keselamatan keluarga saya terjamin,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

0 orang berkata:
Post a Comment