Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, June 26, 2014

"Dia Pernah Jadi Menteri, Dialah Yang Pernah Pakai Duit Rakyat,"

Seronok jugakan mendengar? Bila geng-geng UMNO perang mulut.......silap-silap kain sendiri terselak!
Syed Ali jawab Zam: Saya pakai songket murah saja
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.

Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.

Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.
Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali (kiri) menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.
"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.

"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?

"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.

Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.

"Jadi apa masalah dia hendak pertikai semua itu? Dia sebagai bekas menteri, saya malulah nak jawab tulisan-tulisan dia yang macam itu.

"Sekupang pun kita tak minta duit dia. Saya sebenarnya tak perlulah
nak menjawab dia, dia sebagai bekas menteri bolehlah dia pakai yang mewah-mewah," katanya.

Menurutnya lagi, merekamemakai persalinan songket yang ditaja dan hanya mengeluarkan belanja sekitar RM60 untuk upah jahit.

Katanya lagi, majlis pada malam itu juga tidak menggunakan duit rakyat, sebaliknya Umno bahagian Cheras berjaya meraih dana sebanyak RM500,000 daripada sumbangan hadirin.

"Bulan Ramadan ini kita boleh bantu ibu tunggal serta anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan dengan wang ini," katanya.

"Bagi saya, saya tak pakai duit rakyat maka orang tak boleh pertikailah.

"Dia (Zam) pernah jadi menteri, dialah yang pernah pakai duit rakyat," kata Syed Ali. - mk

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.