• Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
1 / 1
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, tindakannya yang mahu kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dikurangkan demi memberi 'kekebalan' kepada institusi  tersebut.

Khalid berkata, bagi mengelak sebarang kritikan rakyat terhadap Sultan, maka cadangan itu dikemukakan.

Katanya, jika berlaku kesilapan terhadap Mais, Sultan tidak akan dipersalahkan.

"Kita tidak menolak kedudukan sultan sebagai ketua agama Selangor kerana kuasa eksekutif adalah kuasa pelaksanaan.

"Dan jika  berlakunya kesilapan (Mais) rakyat akan marah dan ditujukan kepada golongan eksekutif bukannya kepada Sultan.

"Jadi dengan cara itu, institusi eksekutif itu akan bersih daripada kesilapan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan adalah penting bagi Mais untuk turut mengambil kira pandangan rakyat dalam melakukan sesuatu tindakan bagi menjaga imej islam.

"Dalam soal eksekutif agama Islam di negeri Selangor itulah yang kita cadangan adanya hubungan rapat antara institusi agama dan raja dengan institusi pilihan rakyat," katanya.