Jangan bangkit lagi, hormati keputusan mahkamah
SHAH ALAM – Semua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah
Persekutuan hari ini yang mengekalkan pendirian Mahkamah Rayuan melarang
penggunaan kalimah ALLAH oleh penerbitan The Herald.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, mana-mana pihak tidak harus menentang atau mempertikaikan lagi keputusan mahkamah tersebut kerana ianya akan menimbulkan lebih banyak konflik sekali gus menimbulkan perpecahan antara agama dan bangsa.
“Ianya satu keputusan tetap mengikut panel hakim yang mengendalikan kes tersebut, kita perlu hormat keputusan hakim, jangan bangkitkan lagi hal ini selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.
Awal pagi ini, mahkamah telah mencapai keputusan majoriti 4-3 dalam perbicaraan kes rayuan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu.
Ketua Hakim Negara yang membuat keputusan tersebut, Tun Arifin Zakaria turut melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan.
Mengulas lanjur, Abdul Rani berkata, umat Islam di Malaysa perlu bersyukur dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada masyarakat Muslim di negara ini.
“Kita harus bersyukur kepada ALLAH kerana mahkamah membuat keputusan yang betul dengan menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran rayuan penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald,” katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment