Najib beri bayangan rombakan Kabinet
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, hari ini. - Foto Bernama
SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan
tentang rombakan Kabinet, menyatakan pelancaran KLIA2 di sini hari ini
mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.
Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.
Spekulasi tentang rombakan Kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment