Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, June 24, 2014

UMNO KINI HILANG HALA TUJU.....




Kali ini blog ini cuba menulis kaitan dengan kehebatan UMNO Lama dengan UMNO Baru, memang tidak dapat di nafikan, perjuangan UMNO masa kini khususnya selepas di haram tempoh hari sudah kehilangan taring dalam perjuangan, jelas kini perjuangan mereka khusus di peringkat kepimpimnan tertinggi lebih mementingkan pengisian peribadi semata-mata.

 

Dah ramai rakyat Malaysia menolak untuk menyertai UMNO, 
mereka baru sedar.

 
Persoalannya Apakah SUARA UMNO BARU SUDAH TIDAK SELANTANG UMNO LAMA: Apakah UMNO Baru ini relevan kepada orang Melayu dan juga tidak lagi memainkan peranan positif terhadap seluruh negara ini dan rakyatnya.

UMNO kini adalah sebuah parti politik yang ketinggalan zaman disebabkan ketidakupayaannya untuk memberi nafas baru terhadap generasi yang baru dan mengikuti peredaran zaman. Ini dapat dilihat dari komen-komen dan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin semasa mereka, yang menunjukkan ketiadaan kepintaran dan ketenangan.
 

Zahid pernah di angkat sebagai KP UMNO? 
cakap tak leh pakai hingga ke petang.

Malah pemimpin muda mereka seperti Khairy Jamaluddin ( ketua Pemuda ) yang berpendidikan tinggi, turut mendapat perhatian melalui komennya yang agak bodoh bahawa calon DAP di Teluk Intan tidak mempunyai pengalaman. ( sebagai  contoh ) 
 
Beliau perlu diingatkan bahawa beliau tidak mendapat tempat apabila BN membentuk kabinet baru di bawah Dato Seri Najib Razak, walaupun beliau merupakan ketua Pemuda UMNO.


Bercakap - seolah- olah masyarakat Malaysia tersangatlah " bodoh "
Apakah beliau sedar, diri beliau pun hanya selepas pilihan raya umum lalu beliau dilantik sebagai menteri, satu petunjuk bahawa parti itu telah kehabisan muka baru untuk dikemukakan dan bagi menunjukkan bahawa ia masih wujud dan masih bernyawa. 
 
Adalah malang bahawa seseorang yang berkaliber terpaksa mengeluarkan kenyataan bodoh itu terhadap calon DAP yang turut berpelajaran tinggi dan setanding, atau mungkin lebih pintar daripadanya.
 

Cuba kita perhatikan bagai mana sejarah membuktikan, Pemuda di zaman Syed Jaafar Albar, beliau memanggil sayap Pemuda sebagai kumpulan yang tangkas dan dinamik, tetapi masa kini ia hanyalah sebuah sayap parti, hidup segan mati tak mahu. 
 
Pemuda kini menutup mata kepada semua penyelewengan yang sedang dijalankan oleh parti yang telah menerajui kerajaan sejak sekian lama.

Pemuda UMNO tahun 60-an bertindak sebagai pembuka jalan kepada parti. Ia tidak pernah membenarkan dirinya tunduk kepada kepimpinan parti. 
 
Apabila berlakunya apa-apa kesalahan, ia tidak mempunyai perasaan menyesal dalam mengambil langkah untuk memperbetulkannya.

Ambil sebagai contoh di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, Pemuda mampu memberikan  pandangan dan kritikan kepada kepimpinan kaitan dengan satu-satu projek khusus untuk kepentingan  " melayu ". 
 
Sebagai contoh dalam projek pelaksanaan agenda pembangunan luar bandar, " ia tidak wajar dan cukup hanya membina infrastruktur fizikal untuk penduduk luar bandar, tanpa memberikan mereka unsur-unsur yang sangat diperlukan dalam meningkatkan taraf hidup mereka pada masa yang sama. 
 
Mereka sangat memerlukan kemudahan kredit luar bandar dan alat pemasaran bagi produk mereka " itu pandangan Pemuda dan akhirnya jadi " bench mark " kepda kepimpimpinan.
 


Orang agama juga hilang hala tuju kerana UMNO
Infrastruktur fizikal sahaja boleh menjadi senjata makan tuan, termasuk memberi laluan kepada orang tengah untuk menguasai struktur ekonomi penduduk luar bandar. 
 
Apakah cara Kematangan pemikiran dari pemimpin Pemuda  UMNO Baru sepertinya. 
 
Persekitaran kepimpinan UMNO Baru telah mungkin turut membantutkan pemikirannya malah mereka lebih menjadi kepentingan peribadi.

Lihat pula Wanita UMNO Baru pun sama sahaja. Pada satu masa apabila UMNO masih tersohor, sayap Wanita yang dahulunya dipanggil Kaum Ibu mempunyai pemimpin yang bijak dan berinspirasi seperti Ibu Zain, Tan Sri Fatimah Hashim, Aishah Ghani dan Rafidah Aziz.



Tetapi sekarang ianya lesu. Ia tidak mempunyai kebolehan untuk menghadapi cabaran politik moden secara bijak, dan ia juga tidak menghasilkan mana-mana ahli muda yang berpotensi. 
 
Peranannya hanya mempercepatkan kematian parti itu, yang pastinya adalah baik untuk negara ini. 
 
Apa yang dibuat oleh KP Wanita masa ini lebih memburukkan identiti pergerakan itu sahaja.

Kenapa perubahan daya fikir dan bertindak ini cukup jauh bezanya dengan kemampuan pergerakan itu di zaman selepas era kemerdekaan? 
 
Selepas kemerdekaan adalah zaman untuk mengisi ruang kekosongan yang di tinggalkan oleh penjajah, dan apabila sudah selesan dengan berbabagi program sampailah masa untuk menikmati kemerdekenaan. 
 
Untuk lebih selesa ia kini digantikan dengan mentaliti pak turut dan bersifat menjilat daripada bersifat kreatif dan kritis. 
 
Itulah sebab mengapa orang Melayu muda yang berpendidikan dan bijak menjauhi UMNO Baru. 
 
Mereka tidak mempunyai masa dan minat bagi sebuah parti yang memiliki sikap dan tingkah laku sebegitu. 
 
Pemuda UMNO kini telah dicerobohi oleh samseng dan gengster, dan tidak memiliki ahli yang cerah masa hadapan, cerdas dan bijak.

UMNO khususnya mungkin tidak belajar dengan parti-parti lain saingan mereka, lihat sahaja DAP mempunyai jumlah ahli muda yang agak besar, bijak, berpendidikan dan berwawasan. Seperti juga PAS dan PKR. Tetapi ini tidak berlaku dengan UMNO. 
 
Parti itu dan pemimpinnya telah menerima pakai pendirian sombong, seolah-olah rakyat Malaysia terhutang dengan mereka.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menunjukkan mereka pintu untuk keluar dari bidang politik selama-lamanya.
( gambar yg. d post cuma pelengkap pd cerita dan  melambangkan daya fikir pemimpin masa kini )
 

 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.