Pengguna Islam mahu prosedur halal diperhalusi
KUALA LUMPUR - Beberapa pengguna Islam menggesa kerajaan mengatasi apa
yang dilihat sebagai 'kecelaruan' dalam penentuan status halal produk
makanan susulan pengumuman dua produk coklat susu Cadbury, yang sebelum
ini dilapor mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, kini disahkan
tiada bahan itu.
Mereka mahukan perkara itu diberi perhatian bagi mengelak kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam berhubung produk makanan. Eksekutif swasta, Nurdzuladlina Masehat, 27, berkata perlu ada keseragaman dalam membuat ujian ke atas produk makanan bagi mengelak perbezaan keputusan yang hanya mengelirukan pengguna.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu membuat pemantauan mengejut secara lebih kerap ke atas pengilang atau pengusaha yang telah mendapat sijil halal bagi memastikan piawaian halal itu sentiasa dipatuhi," katanya kepada Bernama.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada DNA babi.
Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat itu mengandungi DNA babi.
Jamil Khir berkata kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam.
Peniaga, Siti Muzaimah Elias, 39, pula berpendapat kenyataan terbaharu mengenai coklat itu seolah-olah membayangkan status halal di negara ini diperkotak-katikkan.
"Sekejap ada, sekejap tiada (DNA babi). Macam mana tu? Apapun saya beranggapan coklat berkenaan sebagai makanan syubhah, maka saya sekeluarga tidak akan memakannya lagi di masa depan," katanya.
Pemilik pasar raya mini, Zaleha Kasim, 67, berkata pengumuman kerajaan mengenai coklat itu memberi kelegaan kepadanya, namun berharap Jakim perlu meyakinkan pengguna bahawa syarikat pengeluar produk itu benar-benar mematuhi standard halal yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata terpulang kepada pengguna Islam untuk membuat keputusan susulan pengumuman terbaharu mengenai coklat itu.
"Biarpun telah ada satu keputusan yang dibuat, terpulang kepada pengguna. Kalau masih ragu-ragu, tidak perlu makan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya perbezaan keputusan yang dibuat Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga menimbulkan keraguan sedangkan sampel diambil daripada produk keluaran yang sama.
"(Analisis) kena buat dengan teliti, ambil masa tidak apa asalkan pengguna ada satu keputusan jelas terhadap produk," katanya.
Dalam kenyataan berasingan, PPIM berkata boikot pengguna ke atas produk keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd diteruskan selagi Kementerian Kesihatan tidak menafikan kenyataannya sebelum ini yang mengesahkan kewujudan DNA babi dalam dua produk berkenaan.
Di Labuan, Pengarah Urusan Sky Park Sdn Bhd Datuk Francis Tee berkata jualan coklat berkenaan dikedai-kedainya sedikit terjejas berikutan pengumuman awal yang ia mengandungi DNA babi.
"Namun, kami percaya semuanya akan kembali seperti biasa susulan pengumuman terbaharu hari ini," katanya merujuk kepada kenyataan Jamil Khir. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment