PM Iraq pecat empat komander
- Kesan kemusnahan letupan bom kereta yang menggegar bandar Sadr di Baghdad, semalam. - Foto AFP
BAGHDAD - IRAQ. Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki, kelmarin memecat
empat komander kanan kerana meninggalkan tugas seminggu selepas
bandaraya Mosul jatuh ke tangan kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya
(ISIL).
Seorang daripada komander terbabit, Hidayat Abdulraheem bakal dibicarakan di mahkamah tentera kerana gagal melaksanakan tugas.
Media Agensi melaporkan, ramai anggota pasukan keselamatan didakwa melarikan diri ketika pertempuran memuncak di beberapa kawasan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 17 orang terkorban manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa siri letupan di Baghdad.
Insiden dipercayai berlaku selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan 275 askar akan dihantar ke Iraq untuk bantuan sokongan.
Difahamkan, ratusan tentera tersebut turut dilengkapi peralatan tempur walaupun Pentagon sebelum ini berikrar tidak akan terlibat dalam konflik di Iraq.
Dalam perkembangan lain, militan ISIL dilaporkan telah menguasai hampir 75 peratus daripada kilang penapisan minyak terbesar di Baiji, utara Iraq.
Jurucakap kilang itu memaklumkan kejadian itu berlaku selepas ISIL melancarkan serangan ke atas premis tersebut pada jam 4 pagi (waktu tempatan).

0 orang berkata:
Post a Comment