Azmin: Pertikaian komposisi exco tidak timbul
- Azmin Ali mengucapkan tahniah pada barisan Exco yang baharu pada Istiadat Perlantikan Exco Negeri Selangor di Istana Alam Shah di Klang hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PETALING JAYA - Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang
mengurangkan kerusi exco untuk Pas tidak perlu dipertikaikan lagi
kerana upacara mengangkat sumpah kesemua 10 barisan Exco Selangor itu
telah pun selesai dijalankan.
"Semua sudah selesai (pelantikan exco) angkat sumpah pun sudah selesai," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.
Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai komposisi baharu itu yang memberi kelebihan kepada PKR sambil berkata mesyuarat Exco Selangor yang pertama akan dilakukan pada Rabu depan.
"Lain-lain perkara kita akan bincangkan dalam mesyuarat Exco Selangor pada Rabu depan," katanya lagi.
Tindakan Azmin yang mengubah komposisi kerusi Exco Selangor tidak disenangi rakan komponennya, Pas apabila kuota parti itu menjadi tiga berbanding empat sebelum ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga kesal dengan tindakan menteri besar itu dan berharap Majlis Pimpinan PR dapat mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.
Terdahulu, Azmin menafikan pengurangan kerusi untuk Pas didorong oleh perbalahan di antara Pas dan PKR-DAP berhubung kemelut jawatan menteri besar.
Perbalahan itu yang masih belum reda tercetus apabila pimpinan Pas enggan menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tiga Exco Pas dalam kerajaan negeri pimpinan Azmin adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan muka baru Zaidy Abdul Talib (Adun Taman Templer).
Pengurangan kerusi untuk Pas menyaksikan pengguguran Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali daripada senarai exco baharu.

10 orang berkata:
Kapalpun dah nak karam.... kapal pecah yu kenyang. Kena kencing dgn musuh biasa. Kena kencing kawan.. itu baru keluarga macai dan ketum
Bila tiba masa dan sampai waktunya pas akan keluar pakatan rakyat..
Setelah sekianlama brsabar melayan karenah pkr dan dap.
kononnya mentadbir bukan ditadbir..
tapi bukan berlapis2 ditadbir ke?
huhu
Kluarlh pas p kwn umno jahanam
Mahu & gamak ke Pas nak joint parti bangsat Umno? Apapun tahniah buat PR kerana masih mentadbir Selangor, moga Selangor berjaya menjadi model pentadbiran, jangan lupa pesaing no 1 PR harus dikuburkan. Insya allah
kononnya kuasa kerusi demokrasi itu sgt berkuasa,itu la sebabnya pentotok2 mereka kejar2 kerusi tu sampai kelua fatwa2 lawak..tapi dah dapat paling banyak kerusi kat selangor pun pun kena buli kaw2 sampai malu di tengok..siap dicabar kelua dari rakan pakatan pun tak berani..kalo bab bercakap mcm petir ..kat selangor kerusi demokrasi yg dikerjar tu dah dapat lebih dari pkr pun..tapi kena buli..
berkuasa la sangat kerusi tu..
huhu...
Kalau diri sendiri pun tak berapa nak betul tak begitu waras.. bole ka nak kuburkan pesaung no.1 korang tuu. silap-silap korang yg terlingkup terkubur dulu. kalau berhajat nak kuburkan musuh... muhasabah diri dulu la. jgn nak perdajjal kengkawan ... pandangan ni untuk semua PKR DAP PAS. Kebelakangan ni permainan DAP nampak semakin 'tongsan'.. Sultan pun dilawan!!
Azmin ni mantan macai.. pkr tu asal usulnya macai yg keciwa.. tokong juga yg hebat... mabuk ketum..
Harapkan pegar, pegar makan padi... harapkan PR.. serupa juga toyota....
Releks, rezeki tak ada, tak adalah.
Terima dan move on.
Bersiap sedia untuk ditendang oleh dap... Sarawak sudah, p.p sudah lain2 negeri kita tunggu dan lihat.
Post a Comment