Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANAS !!!

PANAAAAAS !!! RAKYAT SUDAH NAMPAK DAN BUKA MATA ! - Pak Karamu

Rabu, 1 Oktober 2014


Azmin akan menghadapi cabaran besar

Aspan Alias


Anwar dengan penuh ‘politeness’ telah memberitahu kita secara halus yang beliau lah yang berkuasa di Selangor. Anwar telah mengumumkan yang beliau telah meminta atau mengarahkan Menteri Besar baru untuk membongkar semua ‘salah laku’ semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu. 


Ada dua perkara pokok yang terlihat dengan kenyataan Anwar itu. Pertamanya beliau telah memberitahu kita rakyat biasa ini yang beliau sudah merasa ‘enlightened’ dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar kerana beliau boleh mengarahkan Azmin untuk melakukan sesuatu yang beliau kehendaki. Ini tidak dapat dirasanya semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.


Maka nyata yang matlamat untuk meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar itu adalah masalah kuasa, tidak kira secara ‘direct’ atau secara ‘indirect’. Anwar seolah-olah mahu memberitahu supaya Khalid serta siapa yang beliau maksudkan supaya berhati-hati dengan beliau kerana beliau sudah mempunyai kuasa atau pengaruh melalui Menteri Besar yang baru ini.


Kalau dia gagal untuk meletakkan isterinya sekarang beliau ada orang kuatnya menjadi Menteri Besar. Kata setengah orang, kalau tak dapat meletakkan isterinya, dapat orang kuatnya menjadi MB itu sudah memadai. ‘Tak dapat dagingnya, dapat kuahnya pun rasa daging juga’. Tentu Azmin merasakan masalah sedang mula menghampiri beliau walaupun baru beberapa hari sahaja menjadi pengganti Khalid Ibrahim.


Inilah sebenarnya kemahuan Anwar yang tidak dapat dipenuhi oleh Khalid dahulu. Anwar perlukan tempat untuk memberikan beliau perangsang dengan mempunyai tempat untuk menyara kemahuannya untuk berkuasa.
Untuk itu beliau mahukan semua orang terutamanya dalam partinya untuk menyokong beliau tanpa berbelah bagi dengan menggunakan isu-isu yang diada-adakan untuk menurunkan Khalid Ibrahim. Selain dari menjadi pemimpin de facto PKR beliau mahu menjadi Menteri de facto di Selangor.


Lebuhraya Kidex, pengambil alihan projek air serta berbagai-bagai lagi yang beliau fikirkan boleh diterima dan dibeli oleh pemikiran ramai. Pengumumannya untuk mencungkil segala-gala perjanjian dengan semua pihak semasa pentadbiran Khalid itu merupakan isyarat kepada semua, ‘I am in control of Selangor , and you better watch out’. Beliau sedang menunjukan ototnya kepada kita semua.


Kita tidak tahu apa untungnya kepada beliau dengan menunjukan ototnya itu. Yang pastinya sekarang ini Pakatan Rakyat sedang di ambang kesusahan untuk menghadapi rakyat selepas ini. Beliau tidak lagi mendapat sokongan ramai semasa berada di Seberang Jaya tiga hari yang lepas kerana masalah penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan Anwar selama ini.


Bagi setengah pihak, inilah caranya untuk memberikan perbezaan di antara beliau dengan Khalid Ibrahim. Khalid telah melakukan yang terbaik, lebih baik dari mana-mana MB atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang lain. 
Untuk menambah-baik keadaan pentadbiran adalah susah untuk menandingi Khalid, maka untuk menunjukan kelebihan dari Khalid ialah dengan mencungkil dan tercari-cari kesalahan Khalid, 'ibarat orang mencari kutu'.


Selalunya badan yang mempunyai tanggungjawab untuk mencari kesalahan sesiapa yang berkuasa, seperti MACC dan badan penguat kuasa yang lain yang bercakap tentang isu ini, bukannya pemimpin politik. Ahli politik merupakan penggubal dasar dan perlaksaan dasar dan penguatkuasaan dasar-dasar itu adalah tanggungjawab pihak pelaksana dasar.


Seperti apa yang berlaku dalam isu pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi oleh berpuluh orang pegawai kastam negara sekarang ini adalah tugas pelaksana untuk mengumumkan apa-apa yang sedang berlaku. Kita boleh saksikan sekarang tidak ada pihak politikus untuk memberikan komen. 

Yang boleh mengolah keadaan dalam isu Kastam dan Eksais di Raja sekarang ini ialah pihak MACC sahaja dan ini menunjukan kematangan pimpinan pihak kerajaan yang jarang-jarang kita lihat berlaku.


Biar pihak MACC membuat apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pertuduhan pegawai Kastam itu. Begitu jugalah dengan isu Khalid Ibrahim. Biarkan pihak MACC mengendalikan kes Khalid Ibrahim jika ada kesnya.

 Anwar dan ahli politik yang lain tidak perlu membuat kenyataan kerana jika ahli-ahli politik yang membuat kenyataan, maka berbagai-bagai persepsi akan timbul dengan kenyataan mereka itu.


Saya tidak percaya ada kes terhadap Khalid, tetapi jika ada pun biarlah pihak penguatkuasa dan pihak pelaksana undang-undang untuk membuat kenyataan berhubung dengan isu yang dibangkitkan Anwar ini. Khalid sendiri meminta beliau disiasat dan Anwar boleh memulakan tindakan menyiasat ini.


Khalid pula dalam reaksinya telah memberitahu semua yang beliau pun mahu disiasat oleh mana-mana agensi termasuk MACC bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan jahat pihak yang mahukan beliau digantikan dengan Wan Azizah. 

Tuduhan itu hanya tiba apabila sudah ada usaha untuk menggantikan beliau dan tercari-cari kesalahan yang di cipta oleh Anwar dan konconya semasa beliau (Khalid) menjadi Menteri Besar.


Khalid tentulah mahu namanya dibersihkan setelah dicemar oleh rakan dalam partinya sendiri yang akhirnya mendapat surat pemecatan yang pastinya dengan kehendak Anwar itu.


Samada Azmin mampu untuk menolak tekanan dari Anwar ini, sama-sama kita saksikan nanti. Jika semasa sebelum pilihanraya umum yang lalu Anwar telah memberikan amaran yang beliau akan mengambil tindakan kepada mana-mana agensi yang beliau mahu sebaik sahaja mendapat tempat di Putrajaya itu, menunjukan yang beliau mempunyai dendam kesumat yang tidak dapat disorokkan lagi. 


Tetapi malang bagi beliau cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 itu tidak kesampaian dan telah menyalahkan semua pihak diatas kegagalan beliau dan PR untuk memperoleh mandat yang cukup untuk mentadbir Putrajaya. Hajatnya tidak kesampaian walaupun ada beberapa doanya telah termakbul oleh Allah s.w.t..


Azmin sudah pasti berhadapan dengan dilemma yang besar, iaitu untuk akur kepada Anwar atau akur kepada keperluan moral dan politik rakyat Selangor. 
Apabila Anwar dengan yakinnya memberikan kata dua kepada Khalid itu, ia bermakna yang beliau seolah telah mendapat kuasa melalui Azmin dan akan bertindak terhadap mereka yang beliau sudah membencinya itu.


Jika Azmin lemah dalam menghadapi kerenah Anwar ini, maka tidak dapat dipersalahkan sesiapa dihari muka jika Azmin terpaksa memikul beban Anwar lagi. 
Di mana-mana rakyat sedang memikul bebanan yang dicetuskan oleh Anwar kerana matlamat beliau bukannya untuk memperbaiki keadaan negara dan negeri tetapi sebaliknya untuk menunjukan yang beliau mempunyai otot yang besar dan boleh memulas sesiapa sahaja yang beliau mahukan.


Tetapi buat masa ini orang ramai masih menaruh harapan terhadap Azmin. Jika sebaliknya berlaku, itu bukan salah siapa lagi, tetapi semua kesalahan itu adalah kesalahan Azmin kerana rela memikul beban pimpinan yang bermasalah dalam PKR itu.


Bagi rakyat biasa yang menumpang berteduh di Selangor ini, kita hanya mampu untuk berdoa agar Azmin akan terbuka hatinya untuk bersifat luhur dan mengurangkan tindakan bermusuhan dengan mana-mana pihak. Mencari musuh itu, kata orang, hanya mengecilkan padang kita sendiri.


Bersifat adil dan saksama itu sepatutnya menjadi matlamat kepimpinannya. Nelson Mandela tidak pernah memenjarakan lawan dan musuh beliau yang telah memenjarakan beliau hampir tiga dekad oleh kerajaan Arpatheid Afrika Selatan dahulu.


Kita berharap Azmin mempunyai jiwa besar dan akan menyatukan semua pihak seperti Mandela lakukan. Semakin berumur kita sepatutnya kita akan menambah kekayaan jiwa kita.
 Jangan terikut-ikut dengan pemimpin atau sesiapa yang melayani nafsu amarah mereka yang sentiasa meletakkan seseorang itu berada di dalam kefakiran jiwa.


Mencari ‘reconciliation point’ di antara kehendak pemikiran dan hati itu merupakan perjuangan besar bagi Azmin Ali. Itulah dia yang dinamakan pengorbanan, jangan setakat sedap bercakap sahaja.


Azmin perlu mengimbangi amal dan ibadahnya dan sentiasa merujuk kepada mereka yang berjiwa kaya dan elakkan dari menerima rujukan dari mereka yang terlalu ‘obsessed’ bisikan khatir yang sentiasa mahu melihat kita berpecah di antara kita.


Pemimpin yang lemah selalunya akan berjaya menguasai kita jika mereka lihat di antara kita berpecah belah. Jika keadaan aman, pimpinan yang buas nafsu untuk berkuasa semata-mata untuk kuasa itu tidak akan ke mana-mana.

5 orang berkata:

awekaste said...

Salam

kalau nak harap pihak umno yg dedahkan sampai mampos depa tak dedah. Apa yg anwar minta itu ada rasionalnya utk kebaikan rakyat sebelum projek2 tersebut diteruskan jika kelak kerajaan pr selangor yg akan di persalahkan 100%.

Kamu ni pak karamu harap aje phd tapi benda mcm ni pun nak guna otak kepala lutut.

wasalam

Anonymous said...

Setuju pak karamu memang bodo....batu api ala ug....

Anonymous said...

Ada PhD bukannya bererti pandai.. Aku pin ada phd. Tp boleh pikir dari admin

pasir jerlus said...

Ayat tu mcm ug je....... pandai sangat gi jadi ketua umum.

Cara Mengobati Telinga Berair said...

This article is interesting and useful. And let me share an article about health which insha Allah will be very useful if we use it again for others.

Obat Untuk Mengobati penyakit osteoarthritis
Cara Mengobati Penyakit Gula Darah
Obat Untuk Penyakit TBC
Cara Mengobati Jamur Mulut
Cara Pemesanan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.