Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Muka macam pembela rakyat tapi hati busuk

Lim Guan Eng Kantoi - Mazlan Aliman Dedahkan Sikap DAP Terhadap KG Melayu.

Isu perumahan sentiasa menjadi subjek utama di mana2 negeri termasukla di Penang. Apa yang didedahkan oleh Mazlan Aliman berkait rapat dengan insiden yang babitkan Iszuree. Rujuk sini.

- Iszuree bersalah sebab kaki tidur.

- PAS Penang bersalah sebab bela Iszuree daripada perdebatkan point yang diutarakan oleh Iszuree.

- Iszuree bersalah sebab tak pertahankan point dia dengan hujah itu sebab Pas Penang bersalah bila dia p bekap batang tubuh Iszuree.

- Point Iszuree betul berdasarkan kepada pembacaan aku mengenai perumahan di Penang.

- DAP Penang bersalah sebab tak raikan kritikan.

- DAP Penang bersalah sebab time Iszuree kantoi tidur takmo ambil tindakan, time dia mengkritik baru laju2 nak ambil tindakan.

INI PANDANGAN AKU TENTANG KES TERSEBUT. Aku dah pecahkan elok2. Tolong fahamkan. Dan jangan mislead.

Rakyat kita susah nak beli rumah. Ini fakta.

Rakyat tertindas semakin ramai tak mampu beli rumah. Ini pun fakta.

PR dan BN mesra kapitalis. Mesra pemaju. Ini pun fakta.

Dan baca apa yang didedahkan oleh Mazlan Aliman.
Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu.
 
Katanya, itulahyang membawa kepada ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim di muktamar PAS di Batu Pahat pada 19 September.
 
Sebagai menyokong dakwaannya itu, Mazlan (kiri dalam gambar) memetik kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas.
 
Mazlan berkata pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.

Mazlan menunjukkan surat tersebut kepada wartawan dalam satu sidang media di Pulau Pinang.
 
Pihaknya telah mencuba sedaya upaya untuk bertemu dengan Lim tetapi gagal, katanya, sambil menambah bahawa ianya sama seperti semasa pentadbiran bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon - KM semasa pentadbiran BN.
 
Oleh itu, katanya, adalah tidak benar bahawa PAS tidak menggunakan saluran yang betul atau tidak membangkitkan itu itu secara dalaman terlebih dahulu, sebelum menimbulkannya secara terbuka seperti yang didakwa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Sehingga hari ini, katanya, mereka masih tidak dapat bertemu dengan Lim.

Oleh itu, perkara tersebut telah dibawa ke muktamar, katanya, sambil menegaskan bahawa DAP dan PKR juga mempunyai kongres tahunan masing-masing di mana mereka membangkingkan masalah rakyat.

Jadi mengapa PAS tidak boleh PAS berbuat demikian, tanya Mazlan.
 
Mazlan, bagaimanapun, mengakui bahawa pemimpin parti telah bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Rashid Hasnon, bekas TKM Datuk Mansor Othman dan seorang ahli Exco negeri Abdul Malik Kassim untuk membincangkan isu 'Tanah wakaf.
 
Beliau mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengambil ringan isu pengusiran itu kerana penduduk kampung Melayu tidak mempunyai perumahan alternatif apabila mereka dikeluarkan dari tanah mereka.
 
Tetapi, kata Mazlan, bukan tanah persendirian sahaja yang berhadapan dengan masalah pengusiran.
 
Beliau memetik kes Kg Selut di Sg Pinang di mana penduduk menghadapi pengusiran dari tanah kerajaan negeri.
 
"Jadi apa peranan kerajaan negeri di sini?" soalnya.

Beliau berkata pihaknya mengetengahkan isu-isu tersebut untuk mengukuhkan kerajaan negeri dan untuk memastikan ia tidak meneruskan legasi BN yang didakwanya mengusir penduduk kampung Melayu.
 
"Kami hanya mahu melindungi integriti kerajaan negeri," katanya sambil menambah bahawa kebanyakan tanah terbabit adalah kampung-kampung Melayu. -MKINI-


Mana DAP?

Ada penafian tentang apa yang didedahkan oleh Mazlan Aliman? Mazlan Aliman adalah pimpinan PAS yang sangat participate dalam masalah2 berkaitan rakyat.

Boleh buka facebook dia. Dan tengok gerak kerja dia. Orang neh memang buat kerja. Dia memang lawan sungguh2 untuk rakyat tertindas. Dan rakyat tertindas pula lawan sungguh2 untuk politikus. Kelakar kan?

Aku nak sharekan pandangan kawan facebook aku. Dia cakap. Ahli politik kencing atas kepala rakyat. Rakyat ingat itu air hujan.

Ahli politik BN dan PR tengah kencing atas kepala rakyat. Dan sesetengah rakyat tertindas ingat itu air hujan pemberi rahmat. Kelakar kan? Memang kelakar. Selagi rakyat tak reti nak bezakan apa itu air hujan dan air kencing, sampai mampos la lue kena tindas, kena tipu.

Fikirlah sendiri.

Kbai.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Janganlah harapkn cina dap tolong org melayu....sedangkn hak istemewa org melayu nak dirampasnya

Mmg setan dap ini

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.