Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TOLAK KE, TERIMA KE , TOLAK KE, TERIMA KE, TOLAK KE ? TERIMAAAAAA !



22,Sep

SAH: AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU


Timbalan presiden PKR Azmin Ali SAH dilantik sebagai menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana, kata sumber yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi.

"Warkah lantikan sudah terima pukul 5 tadi. Pergi angkat sumpah esok 10 pagi. Jam 7 pagi raptai," kata sumber.

Beliau dijangka mengangkat sumpah esok sebagai menteri besar Selangor yang baru esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.

Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.

Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," demikian malaysiakini dipetik.

Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sejak Khamis lalu, PKR setiap hari mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu masih meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan itu.

Azmin sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Anwar secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Difahamkan Anwar beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk menerima calon kedua PKR sekiranya istana mengambil keputusan menolak Dr Wan Azizah.

Naib Presiden PKR Tian Chua malam tadi menegaskan calon kedua harus mendapat restu dan sokongan parti.

"PKR berdiri teguh di belakang Dr Wan Azizah sebagai pilihan MB kami. Mana-mana nama lain yang dicadangkan, perlu datang dan disokong parti," kata beliau.

"Saya secara khususnya berkata Pakatan Rakyat terbuka untuk menimbangkan pilihan main termasuk Azmin Ali, asalkan proses konsultasi dijalankan.

Chua mengulas demikian sewaktu menafikan laporan The Star yang memetik beliau sebagai berkata 'Azmin tiada sokongan PKR'.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Pemimpin pkr dah mula buat top spin dan jilat air kencing sendiri.

Anonymous said...

Elok benarlah tu.... penyamun ganti nakhoda awang... lingkuplah selangorku... tak belajar dari sejarah... yg amanah dibuang ganti dengan yang punah ranah.. yg baik dan alim pandang aje.. rakyat juga yg kena....

Anonymous said...

Punah ranah selangor jgn dok kait dgn pas...apajadi lps ni pkr punya pasal...azmin org pkr..

Anonymous said...

Minta hormati pilihan sultan selangor.. Jangan komen tak tentu hala..

Anonymous said...

Pandai ke buat U turn? Terlanggar bontot kereta kawan nanti.

Basar said...

Pkr u turn...
Pkr tidak pecat azmin
Mana nik nazmi hu2 tak suruh azmin tolak ka...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.