IS hukum bunuh remaja kerana tonton bola sepak
MOSUL - IRAQ. Kira-kira 13 remaja ditembak mati pengganas Kumpulan
militant Negara Islam (IS) hanya kerana menyaksikan perlawanan bola
sepak Piala Asia antara pasukan Iraq dan Jordan, minggu lalu.
Seorang aktivis anti-IS dengan nama samara Raqqa is Being Slaughtered
Silently menerusi tulisan dilaman webnya berkata, hukuman bunuh ke atas
kumpulan remaja terbabit dilakukan kerana ia didakwa menyalahi
undang-undang Islam.
“Mayat mereka dibiar terbaring di kawasan itu, ahli keluarga mangsa tidak dapat mengambil mayat-mayat tersebut kerana mereka takut akan dibunuh anggota IS.
“Anggota IS turut membaca kesalahan yang dilakukan oleh remaja-remaja terbabit dengan menyatakan menonton perlawan bola sepak adalah menyalahi undang-undang Islam,” katanya seperti yang dipetik menerusi laman webnya.
Katanya lagi, hukuman tersebut dilaksanakan dikawasan awam dan setiap orang mangsa yang tidak berdosa itu ditembak dengan menggunakan laras mesingan oleh pasukan penembak IS.
Menerusi laporan yang dipetik dari portal berita Mail.Online, kumpulan remaja terbabit menyaksikan perlawanan itu menerusi televisyen di bandar al-Yarmouk, yang mana ia dikuasai IS.

0 orang berkata:
Post a Comment