'Bukan isu besar kalau Anwar dipenjara'
- Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Bilik Media, Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bukan isu besar jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dipenjarakan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan tidak
memihak kepadanya pada 10 Februari ini.
Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata nasib Anwar juga tidak akan
menjejaskan kedudukan Pas dalam PR malah ia akan menguatkan kerjasama
politik mereka sebagaimana sewaktu Barisan Alternatif sebelum ini.
"Kedudukan Pas dalam PR lagi kukuh kalau Anwar dipenjarakan.
"Soal Pas mahu keluar dari PR tidak berbangkit sebab masa dalam Barisan
Alternatif pun Anwar tiada, masa itu ada Kak Wan...ada Azmin, kita
bekerjasama dengan parti, bukan orang," katanya kepada pemberita di
Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Chong Sin
Woon semalam yang mengatakan Pas akan meninggalkan PR jika Ketua Umum
PKR itu dipenjara pada 10 Februari ini apabila penghukuman rayuan kes
liwatnya diketahui.
Beliau juga berkata Anwar merupakan tokoh yang mengikat pakatan itu
walaupun kini ketiga-tiga komponen parti itu dilihat bertelagah sesama
sendiri.
Terdahulu, isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau
Pinang menjadi perbahalahan besar antara Pas dan DAP negeri itu yang
didakwa bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendapat kritikan rakan
komponen PR apabila tindakannya itu tidak mendapat restu dan persetujuan
pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti pembangkang itu.
2 orang berkata:
Ehhh...dia lupa barangkali ni, semasa Barisan Alternatif dulu Presiden PAS ialah Almarhum Ustaz Fadhil Noor yg tidak pernah menjadi nelayang pung!!!
ya la...
masa tu Hj. Hadi Timbalan Presiden PAS kan?
Post a Comment