Debat: DAP tolak cabaran Pas
GEORGETOWN - DAP secara tidak langsung menolak cabaran pemimpin Pas
untuk berdebat dengan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, tindakan
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Guan Eng untuk berdebat
melanggar protokol parti bersekutu dalam PR.
"Beliau (Mustafa) sendiri mengetahui jawatan Setiausaha Agung DAP
adalah jawatan tertinggi dalam DAP manakala jawatan Setiausaha Agung Pas
pula adalah lantikan Presiden Pas dan kedua-dua jawatan tersebut tidak
setaraf dalam struktur pimpinan PR walaupun namanya sama," katanya dalam
satu kenyataan yang diedarkan kepada media, semalam.
Menurut Anthony, tindakan Mustafa itu amat mencabar DAP "kerana setahu saya, beliau tidak pernah mencabar Umno (untuk berdebat) sebaliknya mencabar DAP."
Beliau turut menyifatkan tindak-tanduk Mustafa seperti 'membakar jambatan' yang menghubungkan kedua-dua parti itu dalam PR.
"Tindakan itu juga seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik Pas dan bukannya rakan sekutu dalam pakatan. Adakah ini taktik permulaan untuk memecahkan PR dari dalam? Adakah cabaran beliau mewakili pendirian rasmi Pas?
"Dalam hal ini, DAP berpendirian adalah lebih wajar Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk Presiden Pas menghadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PR untuk membincangkan isu tersebut daripada mengadakan debat terbuka," katanya.
Menurutnya lagi, forum dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR adalah lebih sesuai berbanding debat memandangkan isu yang timbul melibatkan pendirian parti masing-masing dan bukannya soal individu.
"Perkara ini perlu diselesaikan dalam mesyuarat bersama kerana, DAP merasakan debat adalah pilihan terakhir untuk bincangkan isu itu,” katanya yang mengaku diminta oleh Guan Eng untuk membalas kenyataan dan cabaran Setiausaha Agung Pas itu.
Mustafa sebelum ini mencabar Guan Eng bersemuka selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengeluarkan kenyataan yang menyerang Pas berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Mustafa meletakkan syarat pertemuan empat mata itu mestilah dilakukan secara terbuka dan disaksikan secara umum supaya orang ramai dapat menilai kejujuran mereka.
Siew Fook berkata, DAP tetap dengan pendiriannya iaitu mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan oleh Kerajaan Pulau Pinang kerana ia selari dengan Dasar Bersama PR yang dipersetujui ketiga-tiga parti itu.
“Pas perlu komited dan patuh kepada Dasar Bersama PR yang dimeterai oleh Presiden Pas sendiri. Adalah amat tidak bertanggungjawab sekiranya Setiausaha Agung Pas menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan untuk menyerang DAP kononnya kami juga melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan Dasar Bersama PR,” katanya.

Beliau turut meminta Mustafa agar tidak menyamakan isu hudud dengan pilihan raya itu berikutan DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu sejak dahulu lagi.
“Jangan samakan isu hudud dengan isu pilihan raya PBT. DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hudud sejak hari pertama PR ditubuhkan dan tidak ada satu perkataan pun dalam Dasar Bersama PR yang menyentuh hukum hudud tetapi Pas secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan.
“Adakah Mustafa ingin memberikan gambaran Pas sebenarnya hanya bersetuju dengan pengukuhan demokrasi sebelum PRU13 untuk memenangi sokongan tetapi hakikatnya tidak bersedia untuk memberikan komitmen mengukuhkan demokrasi akar umbi?” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment