JAKARTA - INDONESIA. Hujan lebat sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Jakarta dilanda banjir sejak awal pagi ini dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan menuju ke pusat bandar raya ini.

Menurut laporan televisyen MetroTV, antara kawasan yang dinaiki air ialah kawasan Jakarta Utara termasuk kawasan perumahan elit iaitu Kelapa Gading selain

daerah Tanjung Priuk, Cilincing, Plumpang Semper, Sunter, Rawa Binangun dan Rawa Badak Utara.

Di Jakarta Barat antara kawasan yang dinaiki air ialah laluan utama ke pusat bandar iaitu Jalan S Parman, Grogol manakala di Jakarta Selatan pula antara

kawasan yang dilanda banjir ialah daerah Kebayoran Lama.

Turut dinaiki air ialah kawasan Ciledug, Tangerang dengan Jl. Raya Caplin Taman Asri, Ciledug dinaiki air setinggi 20-30 cm.

Masalah banjir di Jakarta dikaitkan dengan masalah sistem perparitan dan sungai yang dikatakan tersumbat dengan sampah sarap.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika meramalkan musim hujan di Jakarta akan berakhir pertengahan Februari ini. - Bernama