Polis rakam video vokalis bergari dikenalpasti
SHAH ALAM - Polis mengenalpasti anggotanya yang terlibat merakam dan
menyebarkan video vokalis terkenal yang menyanyi ketika ditahan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.
"Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan dalaman dari segi salahlaku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Video berdurasi satu minit 23 saat itu menjadi viral serta mendapat kecaman pelbagai pihak sebaik ia tersebar menerusi laman sosial seperti blog dan Facebook.
Penyanyi berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 pagi tadi pada Rabu lepas.

1 orang berkata:
salam
Post a Comment