Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA TUJUAN TURUN ?

Rakyat Hakim Negara, Takde Duit Nak Turun Berdemo Demi Anwar Ibrahim, Maaf, AMK!



Aku membaca disini.

Katanya la kan ;


Point AMK ;

1. Anak muda perlu turun kerana tarikh 10 Feb penting bagi menentukan hala tuju politik.

2. Kehadiran anak muda adalah simbolik kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi pihak tertentu.

3. Oleh kerana kita mengidamkan sistem kehakiman yang adil maka kehadiran kita sangat penting pada hari tersebut.

Hakikatnya pula bagaimana? 

Dari pengamatan aku, ini bukan mengenai menentukan hala tuju politik atau apa sebaliknya ;

- Kehadiran yang ramai akan membolehkan PKR membuat persepsi bahawa Anwar ramai penyokong.

- Kehadiran itu kemudiannya akan dimanipulasikan bagi memberikan tekanan ke atas kerajaan. Mereka lihat ramai orang hadir untuk sokong Anwar. So risau la juga nak buat apa2 keputusan sebarangan.

- Peranan anak muda akan digunakan sebaik mungkin bagi memanipulasikan keadaan yang memenangkan PKR samada Anwar dipenjara atau dibebaskan. Jika Anwar dibebaskan, kehadiran yang ramai akan di interepsikan sebagai SOKONGAN ke atas Anwar. Jika Anwar ditahan pula, kehadiran yang ramai akan ditukarkan kepada bentuk tekanan ke atas pihak yang memenjarakan Anwar.

So. Ini yang aku fikirkan. Aku sejujurnya tiada masalah mempertahankan Anwar sebab aku menyakini bahawa kes liwat adalah kes fitnah. 

Tetapi aku ada masalah dengan cara PKR mempergunakan peranan anak muda. Perhubungan PKR dengan anak muda adalah berat sebelah dan PKR lebih banyak mendapatkan manfaat berbanding anak muda dan rakyat Malaysia sedangkan peranan yang dicurahkan oleh anak muda ke anak tua ke apa ke sebenarnya melebihi dari apa yang PKR lakukan.

1. Yang undi wakil rakyat PKR anak muda anak tua

2. Yang tak henti2 kempen dan bawa mesej2 PKR anak muda anak tua

3. Yang sentiasa penuhkan ceramah PKR untuk dengar bebelan2 pemimpin PKR anak muda anak tua

4. Yang bayar gaji wakil2 rakyat PKR anak muda anak tua

5. Yang nak kena berdemo sana sini demi PKR anak muda anak tua

Tetapi anak muda dan anak tua ini masih lagi berhadapan dengan masalah-masalah yang diwujudkan oleh pentadbiran lama dan baru, kenapa?

Tidak hanya BN bahkan PR juga tercemar dengan skandal, penyelewengan dan penipuan.

Tidak hanya BN bahkan PR juga gagal menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya.

Tidak hanya BN bahkan PR juga gagal mewujudkan suasana pentadbiran tanpa karenah biokrasi.

Tidak hanya BN bahkan PR juga gagal membuktikan mereka cekap dalam menyelesaikan masalah berbangkit di negeri-negeri seliaan mereka.

Macam mana anak muda nak turun menyokong jika sokongan anak muda tidak diterjemahkan dalam bentuk bahawa PR mestila MEMPUNYAI PENTADBIRAN YANG BAIK, TELUS, BERINTERGRITI DAN ADIL sedangkan krisis pemilihan parti PKR sendiri pun bergolak dan penuh dengan macam-macam cerita baling kerusi sana sini.

Apa kesnya?

Mahkamah persekutuan ditekankan perlu adil dan bebas dari sebarang unsur2 favoritism dan konspirasi.

Mahkamah 'PKR' pula bagaimana?

Adil? Bebas dari nepotisme dan kronisme ataupun favoritisme?

Jika kita tak buat, maka agak pelik untuk kita harapkan orang berbuat demikian.

Lagipun. Anak muda sekarang sakit otak pecah kepala. Anak muda tengah tension fikir masalah hidup.

1. Mana nak bayar hutang PTPTN.
2. Mana nak cari duit lebih bantu mak bapak.
3. Mana nak cari duit untuk beli rumah dan kahwin.
4. Mana nak cari duit untuk sara anak2.
5. Kerja plak gaji tak setimpal dengan apa yang ditawarkan.
6. Kos sara hidup makin tinggi melangit.
7. GST lagi on the way.
8. Kalau anak muda sakit nak p merawat pun mahal.
9. Nak bayar ansurans bulanan kenderaan pun mahal.
10. So anak muda perlu habiskan masa bekerja sampai mati disebabkan sistem yang diwujudkan oleh BN menguntungkan kapitalisma. Dan sistem yang sama juga PR tekankan pada anak muda. Sudahnya jika BN bertukar PR ibarat dari pro kapitalisma A kepada pro kapitalisma B. Macam mana anak muda tak terus-terusan sakit kepala pecah otak fikir masalah hidup?

Sebaiknya. PKR perlu bertenang dan tak perlu kerah atau seru sesiapa turun. Sentiasa steady dan cool menghadapi apa sahaja hukuman. Jika Anwar dibebaskan, minta tolong teruskan focus untuk bantu rakyat tertindas dan berhenti bercakaran sesama sendiri.

Jika Anwar tidak dibebaskan, minta tolong gunakan masa di penjara mengkaji apa-apa perkara yang boleh menukar sistem kapitalisma secara berperingkat kepada sistem sosialis di Malaysia ini.

Kita demo. Kita pukul polis. Kita kena pukul balik. Polis tahan kita. Siasat. Dakwa dan hukum. Kita hilang kerja dan mata pencarian. Kena buang atau ditangguhkan pengajian. Apa yang kita dapat mengubah dengan cara sebegitu?

Aku tertarik dalam filem Nelson Mandela yang mana Nelson dimarahi oleh anak muda kerana hilang semangat perlawanan (memberontak) disebabkan dia sudah terlalu lama dipenjarakan.

Tapi Nelson jawab. Sikap memberontak dia sebenarnya satu kesilapan. Dia memberontak, lawan dasar apartheid, itu betul. Tapi cara melawan juga perlu disesuaikan dengan persekitaran agar kita punya matlamat dapat disampaikan dengan betul.

Anwar, PKR dan AMK.

Jangan seru rakyat memberontak secara sebarangan kerana akhirnya apabila anak muda ini dibelasah, dipukul, dipenjarakan, didakwa, hilang mata pencarian, hilang kerja, kena buang U, bukan korang semua nak tanggung risiko.

Time demo kita sama-sama demo. Time polis belasah aku, kau semua laju-laju lari.

Cerdik. Memang cerdik. 


Ameno World

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.