Mohammad Nizar didakwa semula
30/01/2015 9:39am
IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendakwa semula bekas Menteri
Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas pertuduhan yang
sama memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun
2012.
Mohammad Nizar bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hayati
Mat.
Mahkamah menetapkan jaminan ke atas beliau sebanyak RM2,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 Mac depan.
Mohammad Nizar sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah
Sesyen di sini pada 13 Januari lalu terhadap pertuduhan sama, selepas
mahkamah menerima bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan terhadap
saman yang dikenakan ke atasnya.
Mohammad Nizar melalui peguam Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin
mengemukakan bantahan awal dengan alasan aduan yang dibuat terhadapnya
tidak mengikut aturan yang ditetapkan dan mahkamah tidak sepatutnya
membuat keputusan meneruskan kes itu. - KOSMO!
0 orang berkata:
Post a Comment