Pengasih sedia bantu Zamani
SHAH ALAM - Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) sedia menerima bekas
vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim untuk menjalani sesi pemulihan.
Pengerusinya, Datuk Yunus Pathi berkata, pihaknya sedia membantu Zamani sekiranya dia benar-benar memerlukan khidmat persatuan itu.
“Pihak kami tidak ada masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk ke rumah Pengasih jika dia benar-benar mahu berubah.
“Kalau mahu berubah, di mana-mana pun boleh, kita akan bantu sekiranya dia mahu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, dengan kaedah dan rawatan yang disediakan, beliau yakin Zamani mampu pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Kita ada contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima rawatan di sini dan berjaya pulih,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment