Permohonan Felda ditolak
- Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman (tiga, kiri), Presiden Anak, Mazlan Aliman (empat, kiri) turut hadir memberikan sokongan kepada Sivarasa dan Razali (dua, kiri).
KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menolak permohonan Felda
terhadap prosiding ke atas Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan
Ketua PKR Cabang Jerantut, Razali Ithnin berhubung ceramah mereka yang
didakwa menghina mahkamah.
Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak permohonan itu dengan kos yang akan ditaksirkan.
Dalam hujahnya, Mariana berkata, mahkamah mendapati, ucapan dalam ceramah berhubung kes saman peneroka terhadap Felda di Markas Pas, Jengka 18, 27 Ogos tahun lalu bersifat umum dan tiada elemen yang boleh dikaitkan sebagai menghina mahkamah.
Berikutan keputusan itu, kedua-dua mereka dilepaskan daripada sebarang tindakan termasuk hukuman penjara seperti dipohon pihak Felda.
Sivarasa dan Razali yang diwakili dua peguam termasuk Datuk Bastian Vendargon hadir ke mahkamah bersama lebih 300 penyokong daripada kalangan warga peneroka Felda dan barisan kepimpinan serta ahli Pakatan Rakyat.
Dengan keputusan itu juga, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk meneruskan semula perbicaraan kes saman peneroka terhadap Felda sebelum ini.
Sementara itu, Razali ketika ditemui berkata, dari awal lagi dia mendapati kes itu tiada isu yang boleh mengheret mereka ke penjara atas dakwaan cuba menghina mahkamah.
Menurutnya, dia sifatkan tindakan tersebut hanya satu proses pihak terbabit untuk menekan dan menutup mulut peneroka terhadap saman yang difailkan sebelum ini.
“Selain itu, saya juga merupakan saksi utama pihak peneroka dalam kes-kes saman yang difailkan sebelum ini jadi tindakan ini mungkin juga satu tekanan.
“Saya kira, keputusan hari ini (semalam) bukan sahaja amat bererti kepada kami berdua, sebaliknya ia satu kejayaan kepada peneroka,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment