Guan Eng tak layak duduki Majlis Pimpinan PR
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak layak duduk dalam
Majlis Pimpinan PR jika beliau juga dituduh berbohong berhubung isu
pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan jika perkara itu berterusan, sudah tentu integritinya juga tercabar dan boleh dipertikai.
"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.
"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang menggesa Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat Majlis PR untuk membincangkan isu tersebut daripada debat terbuka.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata lagi, Loke tidak perlu mengalihkan isu sebenar dan membabitkan pihak lain dalam isu itu.
"Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini.
"Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia berbohong," ujarnya sambil menyifatkan Loke sebagai tidak faham isu sebenar.
Dalam perkembangan sama, Mustafa juga memuji ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memahami cabaran beliau.
"Beliau faham isu ini adalah antara saya dengan Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada Pas atau DAP malah beliau cadangkan pertemuan diadakan untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment