PKR akan bincang dengan DAP isu pilihan raya PBT
SHAH ALAM – DAP harus berfikir secara menyeluruh termasuk kesan negatif
jika pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan di Pulau
Pinang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perbincangan DAP dengan pihak berkepentingan perlu dilaksanakan sekiranya parti tersebut tetap berdegil untuk meneruskan pilihan raya terbabit.
“Kita tidak pernah menolak prinsip demokrasi di peringkat tempatan. Cuma saya minta DAP faham konteks Negara kita dari segi kaum dan sebagainya.
“Kita perlu fikir secara menyeluruh jika mahu melaksanakan pilihan raya itu.. Tentang bagaimana nak laksana pilihan raya itu, hal itu kita kena bincang panjang lebar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, jika DAP masih merancang untuk melaksanakan pilihan raya tersebut, parti itu perlu mencari jalan untuk mencapai persefahaman dan persepakatan yang diamal di Negara ini.
“DAP menghormati konsep persefahaman antara bangsa, kaum dan agama yang ada di Negara ini. Buat masa sekarang perbincangan dengan pelbagai pihak merupakan langkah tepat untuk merangka pilihan raya tersebut secara menyeluruh,” katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment