Rakyat Malaysia dinasihat tangguh ke Yaman
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia agar
menangguhkan perjalanan ke Yaman memandangkan situasi di negara konflik
itu masih tidak menentu.
Kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini turut menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman agar berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Sana'a di alamat Iran Street, Hadda, P.O. Box 16157 atau menerusi telefon (00) 967-1-429781/(00) 967-1-42978 (Fax: (00) 967-1-429783) atau e-mel di mwsanaa@kln.gov.my.
Kedutaan Malaysia di Sana'a sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang tinggal di sana, kebanyakannya pelajar, yang kini selamat dan ditempatkan jauh dari kawasan konflik.
"Kementerian sentiasa memantau rapat segala perkembangan yang berlaku di Yaman, khususnya di Sana'a," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan perjanjian yang dicapai oleh kerajaan Yaman dan puak pembangkang pada Rabu.
"Kerajaan Malaysia berharap semua pihak akan menghormati perjanjian perkongsian damai yang diusahakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan berusaha ke arah kestabilan politik dan keamanan yang berkekalan," katanya.
Kementerian berkata, Malaysia juga menyeru semua pihak agar kekal komited terhadap hasil Persidangan Dialog Kebangsaan dan memuji usaha yang dilakukan Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi dan Duta Khas PBB, Jamal Benomar. – Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment