Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MENYERU TU JANGAN PULA SESAT

Agama menetapkan, Rasul menetapkan, Nabi kata " Telah aku tinggalkan dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunah nabi" Tolong tengok dasar perjuangan masing-masing, selain daripada Al Quran dan sunah nabi SEMUANYA SESAT, Kerana itu sesiapa yang telah sesat JANGAN MENYESATKAN orang lain - Pak Karamu


Umat Islam harus bersatu elak terpesong
 
24/01/2015 1:11pm
SEMPORNA - Umat Islam perlu bersatu mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW bagi mengelak merekaa terpesong daripada ajaran sebenar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perjuangan Islam masa kini bukan sekadar memantapkan perpaduan, tetapi haruslah berlandaskan ajaran yang betul bagi menepis

cabaran yang mampu menggoyahkan akidah umat Islam."Ada fahaman yang memesongkan ajaran Islam termasuk membunuh sesama umat menggunakan nama memperjuangkan Islam," katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Semporna di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Daerah Semporna, Musa Saabani dan bekas guru, Noriah Sahak masing-masing menerima anugerah Maulidur Rasul manakala Abdullah Abdul Wahid, seorang guru, menerima anugerah khas.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd. Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata, beliau menyokong cadangan Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bulah untuk menubuhkan sebuah Kompleks Islam di sini.

Tapak tanah untuk membina kompleks yang bakal menambah tarikan pelancong itu akan dikenal pasti untuk dimasukkan dalam kertas cadangan sebelum diserahkan kepada agensi berkaitan. - Bernama


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.