DAP nafi gelar Hadi kurang sopan
SHAH ALAM - DAP menafikan status ditulis seorang pengguna Facebook yang
mendakwa pemimpin tertinggi parti itu memberi gelaran kurang sopan
kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, kenyataan tersebut
boleh dianggap sebagai fitnah untuk melaga-lagakan pemimpin Pas dan DAP.
“Itu semua mengarut, tidak ada perkara sedemikian. Sudah terlalu banyak fitnah seperti ini,” katanya, semalam.
Dalam status yang dikirim pengguna Facebook tersebut kelmarin, dia
mendakwa bahawa Abdul Hadi kecewa dengan sikap DAP yang memberi nama
panggilan tidak elok kepadanya.
Status itu juga menyebut bahawa Abdul Hadi mengetahui mengenai gelaran
tidak elok itu melalui kiriman WhatsApp daripada seorang ahli DAP yang
simpati terhadap beliau.
Melalui maklumat pada akaun Facebook itu, penulis status tersebut dipercayai seorang peguam.
Bagaimanapun, Loke berkata, DAP setakat ini tidak akan mengambil tindakan terhadap pengguna akaun tersebut.
“Tidak perlu buang masa untuk mereka,” katanya ringkas.
0 orang berkata:
Post a Comment