28/02/15
Harga minyak dijangka naik mulai tengah malam
Selepas
harganya menurun sejak beberapa bulan lalu, harga bagi RON95, RON97 dan
diesel dijangka naik, berkuatkuasa tengah malam ini.
Bulan lepas, harga RON95 turun ke paras
terendah sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, didorong oleh kejatuhan
mendadak harga minyak dunia, yang kini agak bertambah baik.
Harga bahan api tertakluk kepada sistem apungan terurus sejak Disember tahun lalu selepas kerajaan menghapuskan sistem subsidi.
Pada masa itu, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 selitar.
Pada 1 Januari, bagaimanapun, RON95,
RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.91, RM2.11 dan
RM1.93 seliter dan bulan lepas harganya terus menurun. [Baca berita
penuh/asal]
Sementara itu, Bernama melaporkan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Hasan Malek berkata harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan
berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan
sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti
meningkat ataupun sebaliknya.
Hasan juga berkata pihaknya akan
meneruskan kempen penurunan harga di seluruh negara meskipun berlakunya
perubahan terhadap harga petrol dan diesel sama ada menjurus kepada
peningkatan ataupun penurunan.
"Harga minyak bukan faktor utama
menentukan harga barangan tetapi sebaliknya ada faktor lain yang
mempengaruhi harga barangan sama ada ia turun ataupun naik," katanya
kepada pemberita selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat'
bagi produk minuman dan makanan Nestle (M) Bhd di Shah Alam hari ini.
Pada 1 Februari lepas, kerajaan
mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada
RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara
diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.
Mengulas mengenai kempen Nestle hari
ini, Hasan berkata ia adalah kempen promosi terbesar Nestle yang
menawarkan penjimatan antara lapan hingga 33 peratus bagi 50 produk
terpilih Nestle termasuk Milo, Maggi dan Nescafe.
Beliau berkata kempen itu yang akan
berlangsung sehingga akhir bulan depan adalah inisiatif Nestle bagi
menangani kos sara hidup rakyat ketika Negara menghadapi harga minyak
yang tidak menentu.
2 orang berkata:
Hassan muluk cakap mcm toke belacan.
zzzzz2018.6.4
nike requin
off white shoes
valentino
adidas superstars
ralph lauren uk
michael kors handbags
true religion jeans
nike air max 90
oakley sunglasses
golden goose
Post a Comment