Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUUUUHAI, TERPERANGKAP PULA ANUAR DI SINI ?


JIKA ANUAR TANDA TANGAN NAMPAK SANGAT DIA BERSALAH, KALAU TAK TANDA TANGAN ANUAR BOLEHLAH BERTAHAN DENGAN MENGATAKAN DIA TELAH DI FITNAH, SO BAGAIMANA KEDUDUKAN SEKARANG ? MAHU BERTAHAN ATAU MENYERAH KALAH ? - Pak Karamu

 Thursday, February 26, 2015

PETISYEN PENGAMPUNAN AGUNG PERLU TANDATANGAN ANWAR KATA PEGUAM KANAN.

Tanpa persetujuan dan restu tuan punya tubuh maka secara otomatik petisyen pegampunan DiRaja akan ditolak. Maksudnya Anwar Ibrahim sedar dan dalam pengetahuannya akan penyerahan petisyen pengampunan DiRaja oleh Kak Wan dan anak beranak ke istana negara Selasa lalu.

Tidak perlulah kita nak jadikan ianya suatu isu perdana kerana ini didalam ruang lingkup perlembagaan negara. Petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pengampunan Diraja tidak sah sekiranya tidak ditandatanganinya sendiri dengan senarai faktor bagi pengampunan, kata seorang peguam kanan.

Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung.

"Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan mengejut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.

YB Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan.

 Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja. "Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu.

Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.

Jagjit, 70, mengendalikan banyak permohonan ke Lembaga Pengampunan, termasuk permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang disabitkan bersalah kerana membunuh Datuk Mohd Taha Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada 1982.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudiannya menukar hukuman mati Mokhtar kepada hukuman penjara lebih ringan yang akhirnya membawa kepada pembebasan awal daripada penjara.

Jagjit juga mengendalikan anak guam dihukum mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan dijatuhkan hukuman mati kerana melanggar undang-undang keselamatan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan.

Peguam itu juga berkata, dalam semua kes, anak guamnya sendiri menandatangani surat untuk permohonan pengampunan dengan menyenaraikan faktor yang boleh meringankan hukuman mereka.

"Dari segi undang-undang, pemohon sudah pun bersalah atas kesalahannya. Lembaga hanya boleh meringankan hukuman yang dijatuhkan mahkamah," tambahnya.

Anwar mula menjalani hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari selepas panel 5 hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jagjit berkata, sekiranya petisyen Anwar diterima, beliau boleh menjangkakan pengampunan penuh ataupun separa pengampunan, merujuk kepada meringankan durasi hukuman penjara.

Beliau berkata, tiada jadual masa bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, tetapi ia mungkin mengambil masa 6 bulan selepas petisyen dibuat. Minggu lepas, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata lembaga tersebut merupakan pilihan terakhir bagi pengampunan walaupun ia tidak dapat menukarkan sabitan kesalahan kepada tidak bersalah.

"Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan," katanya sebagai respons kepada kenyataan bekas komando Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, mengatakan menerima arahan daripada orang atasannya sewaktu melakukan jenayah itu.

Sirul yang berlepas ke Australia pada Oktober lalu kini ditahan di pusat tahanan imigresen selepas notis merah dikeluarkan Interpol. Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993 berkata lembaga itu tidak terikat dengan pendapat peguam negara walaupun perlu mengambil kira nasihatnya.

Talib berkata permohonan Anwar bagi pengampunan Diraja akan diketuai sultan dan ahli lembaga akan terdiri daripada perdana menteri, ketua hakim negara dan dua lagi ahli.

Omak Kau !!!!

1 orang berkata:

Anonymous said...

Walaupun sumpah laknat tiada dlm kes anuwar ni tapi anuwar kena sumpah juga kalau benar2 tak meliwat....sumpah menjadi kepercayaan org melayu sejak dr dulu lg....walaupun x memberi kesan dlm proses kehakiman....ttp ia memberi impak keyakinan @ kepercayaan manusia kpd kita

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.