Rasa kecewa itu ada - Nik Aziz
Banyak pihak yang melihat kemelut politik di
Selangor meletakkan Pas dalam situasi rugi apabila hubungan parti itu
dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan mula
retak. Konflik tersebut juga dikatakan meretakkan anggota dalaman Pas
sendiri. Jika tidak dibendung ia mampu memecahbelahkan parti itu
memandangkan perselisihan pendapat beberapa kelompok yang wujud dalam
Pas semakin ketara.
Paling ketara dengan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(Pasma), sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi Pas baharu.
Sebagai Mursyidul Am Pas, pasti ramai yang mahu mendengar pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konflik yang melanda parti Islam itu terutama selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang mencipta pelbagai kejutan baru-baru ini.
Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN dan jurugambar ROSNI MASRI menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk mendapatkan pandangan beliau tentang konflik yang melanda Pas.
Dalam ruang pertemuan yang ringkas di rumahnya, Nik Aziz yang sinonim dengan panggilan Tok Guru secara terbuka berkongsi beberapa pandangan yang tidak pernah disampaikan kepada umum sebelum ini.
Antaranya pertembungan golongan profesional dan ulama dalam Pas, kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, kebimbangan beliau terhadap kewujudan broker dan barua serta kekecewaannya terhadap Pasma.
Sebagai Mursyidul Am Pas, pasti ramai yang mahu mendengar pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konflik yang melanda parti Islam itu terutama selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang mencipta pelbagai kejutan baru-baru ini.
Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN dan jurugambar ROSNI MASRI menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk mendapatkan pandangan beliau tentang konflik yang melanda Pas.
Dalam ruang pertemuan yang ringkas di rumahnya, Nik Aziz yang sinonim dengan panggilan Tok Guru secara terbuka berkongsi beberapa pandangan yang tidak pernah disampaikan kepada umum sebelum ini.
Antaranya pertembungan golongan profesional dan ulama dalam Pas, kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, kebimbangan beliau terhadap kewujudan broker dan barua serta kekecewaannya terhadap Pasma.
MINGGUAN: Apa pandangan Tok Guru apabila Pas sekarang dikatakan
berdepan dengan krisis kepemimpinan sehingga membawa kepada perpecahan
memandangkan sudah ada pihak mula berani mempersoalkan kredibiliti
golongan ulama secara terbuka?
NIK AZIZ: Politik Islam mula dikenali di Tanah Melayu pada tahun
1950-an. Sebelum ini tidak ada politik Islam. Yang ada demokrasi,
komunis, sosialis dan sebagainya. Oleh yang demikian, bila politik Islam
diperkenalkan di Tanah Melayu dulu, mulalah orang kritik. Yang kritik
itu bukan Cina atau kaum lain, tetapi Melayu sendiri. Melayu golongan
Eropah, Yahudi (berpendidikan sekular). Bagaimanapun, itu pada awal dan
sekarang ini politik Islam telah dipimpin oleh ulama. Golongan ulama ini
ialah orang yang berilmu Islam.
Sekarang ini semakin ramai golongan intelektual menyertai Pas. Pada
waktu saya mula-mula masuk Pas tahun 1967, ada seorang sahaja
intelektual atau orang universiti yang menyokong parti Islam. Keadaan
sekarang jauh berbeza kerana sudah ada pensyarah dan doktor, baik doktor
perubatan mahupun Ph.D (doktor falsafah) menyokong parti Islam. Selepas
Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, di tengah-tengah itu bermacam-macam
timbul masalah kepada Islam. Ada sunnah, sunni dan syiah. Di Timur
Tengah, ada macam-macam gerakan baik yang benar-benar Islam atau menjadi
ejen kepada Amerika untuk timbulkan pecah-belah. Jadi tak pelik kalau
perkara sama berlaku di Malaysia.
Apabila berlaku krisis dalaman, individu yang disalahkan ialah
Presiden Pas iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau dikatakan
pemimpin yang lemah dan perlu diganti, malah pendapat dan keputusan
beliau disanggah ahli sendiri. Mungkin sudah sampai masa beliau diganti?
NIK AZIZ: Tok Guru Haji Hadi lemah atau tidak, itu bukan
persoalannya. Cuba orang lain ambil alih pucuk pimpinan, macam itu juga
jadinya. Akan ada orang tuduh juga. Kalau Hadi undur, mari orang lain
(gantikan beliau) kena tuduh juga. Macam-macam tuduhan akan tetap
timbul.
Sejak kebelakangan ini, suara ulama terutama Majlis Syura dilihat
seakan-akan semakin terpinggir manakala suara profesional semakin
didengari dalam Pas. Apa pendapat Tok Guru?
NIK AZIZ: Tidak terpinggir, cuma sebab dia (ulama dan profesional)
semakin bersatu. Dia jadi orang sama, yakni ulama itu adalah
profesional, profesional itu adalah ulama.
Kalau kita lihat sekarang, perasaan prejudis terhadap kepemimpinan
ulama semakin ditunjukkan apabila keputusan dibuat dibantah secara
terbuka. Sepatutnya ahli parti menghormati dan mengangkat golongan itu
pada tahap sepatutnya dalam parti. Namun apa yang berlaku adalah
sebaliknya.
NIK AZIZ: Tidak, tak betul.
Bagaimana Tok Guru melihat masa depan Pas dan kepimpinan ulama,
adakah parti ini akan terus dipimpin oleh ulama atau mungkin berlaku
suatu hari nanti situasi di mana kumpulan profesional diangkat sebagai
pemimpin tertinggi?
NIK AZIZ: Sekarang ini golongan profesional semakin ramai dalam Pas
dan sedikit masa lagi, saya harap orang yang mengajar Matematik
(profesional) ialah orang yang sama mengajar agama. Boleh dua-dua.
Saya memang harap boleh jadi macam itu, yang mengajar agama ialah
golongan profesional, yang mengajar Matematik ialah ustaz. Ini kerana
ustaz dan profesional itu orang sama dalam Islam.
Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini menjadi medan kepada akar umbi
meluahkan perasaan sedih dan kecewa terhadap pendekatan pemimpin
tertentu Pas yang cenderung mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat
(PKR) terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sejauh mana Tok Guru melihat
kebenaran dakwaan mereka itu?
NIK AZIZ: Tak ada sampai macam itu, nak ikut telunjuk macam mana. Pas
(ditubuhkan) dulu, Pas wujud tahun 1951, PKR dan DAP tahun berapa? Pas
cuma tak banyak bercakap. Lagi pun mahu bercakap banyak buat apa, kita
ini sebagai abang. Dua lagi iaitu PKR dan DAP ialah adik. Yang menumpang
ialah dua parti itu kerana Pas yang wujud dulu, tahun 1951 lagi.
Dalam tahaluf siyasi, tiada mana-mana parti lebih tinggi atau rendah
kedudukannya. Namun apa yang berlaku sekarang, Pas sering diketepikan.
Malah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sudah mengeluarkan
kenyataan tahaluf siyasi perlu dikaji semula. Perlukah Pas berbuat
demikian termasuk mempertimbangkan cadangan meninggalkan pakatan?
NIK AZIZ: Nak kaji semula tahaluf tidak apa, tetapi nak tinggalkan
tahaluf, tidak. Islam sendiri mahukan tahaluf. Pada zaman Nabi Muhammad
SAW pun ada tahaluf macam ini. Tahaluf itu diambil daripada baginda
sendiri.
Dalam muktamar, Presiden Pas ada sebut tentang golongan broker dan
barua yang wujud dalam Pas sehingga menjadi musuh dalam selimut yang
membahayakan Pas. Adakah benar wujud golongan ini dalam Pas?
NIK AZIZ: Saya tak campur. Dalam mana-mana organisasi pun ada benda
tu (broker dan barua). Broker ini dalam Islam kita panggil munafik.
Golongan munafik inilah broker. Dalam Islam ada sebut (kewujudan) tiga
golongan iaitu mukmin, kafir dan munafik. Tiga kumpulan ini mana-mana
pun ada. Jadi dalam mana-mana pertubuhan, tak kira parti ke, korporat
ke, semua ada broker.
Jadi bagaimana Pas mahu memastikan parti bersih daripada golongan ini?
NIK AZIZ: Itu terletak pada iltizam masing-masing. Sama ada mempunyai iltizam atau tidak iltizam.
Selepas ada krisis dalam Pas, sekarang wujud pula badan yang
menggelar diri mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma). Pasma
ini mendakwa sebagai organisasi yang mahu mengukuhkan hubungan Pas
dengan PKR dan DAP. Cara dia adalah cuba mencorak semula pemikiran
politik Pas yang dikatakan jumud dan ketinggalan akibat diterajui
golongan ulama. Pendek kata, Pasma ini dikatakan bakal jadi Pas
baharu.
NIK AZIZ: Pasma yang timbul ini tidak tahu boleh kata Pas baharu atau
tidak, itu dia punya pasal. Saya masuk Pas ketika zaman Datuk Mohd.
Asri Muda. Bila UMNO ajak Pas masuk Barisan Nasional (BN), Pas berpecah
belah kepada empat. Ada Hamim, Berjasa, Bebas Bersatu dan Pas. Saya
antara orang yang menyokong Pas masuk BN, maka saya berada di pihak yang
melawan Hamim, Berjasa dan Bebas Bersatu.
Bagaimanapun Alhamdulillah, orang itu semua sudah tidak ada sekarang.
Ini semua kerana iltizam, yang kita sebut juga sebagai istiqamah. Pas
yang ada sekarang istiqamah dengan perjuangan Islam. Saya tak nampak
Pasma boleh gantikan Pas, apatah lagi UMNO, jauh sekali. UMNO yang bawa
kebangsaan tidak akan dapat menyelamatkan orang Melayu daripada akhirat.
Saya tak bimbang dengan Pasma, tetapi kecewa itu ada.
2 orang berkata:
longchamp le pliage
pandora jewelry
bills jerseys
hollister clothing
michael kors uk
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags wholesale
instyler max 2
redskins jerseys
adidas nmd runner
ralph lauren
michael kors outlet clearance
ugg outlet
cheap michael kors handbags
cheap michael kors handbags
coach factory outlet
cheap mlb jerseys
coach outlet
toms outlet
dolce and gabbana
Post a Comment