21/02/15
Kalau tidak sokong Hadi, letak jawatan
Seorang
perwakilan Multaqa Ulama Semalaysia II hari ini menyarankan pemimpin
kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan
terus mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor (gambar) menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.
"Mereka tidak layak memegang jawatan
timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden,
lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya di multaqa
sehari itu yang diadakan di Serdang, Selangor.
Beliau juga merujuk kepada tindakan
seorang AJK PAS Pusat dari Perak yang didakwa cuba “meracun” pemikiran
ahli PAS untuk tidak menerima pelaksanaan hukum hudud.
"Di kala Kelantan berhempas pulas ingin
melaksanakan hudud, tapi ada pula AJK PAS Pusat dari Perak ini turut ke
kampung, cawangan, kata belum tiba masanya laksanakan hudud.
"Kamu pertikaikan undang-undang Islam
ini, undang-undang dari Tuhan. Kalau kamu tidak yakin, apa lagi, lebih
baik keluar," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menamakan AJK yang
dimaksudkan.
Beliau turut memberi contoh pemimpin kanan yang ingkar dengan arahan PAS Pusat iaitu ketika krisis Selangor berlaku.
"Ada dua ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) yang ingkar dengan keputusan PAS dan pendirian presiden, dengan
menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri
besar," katanya merujuk kepada Hasnul Baharuddin (Adun Morib)dan Saari
Sungib (Adun Hulu Kelang).
Pada masa sama, beliau juga membidas kepimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat banyak menyerang kepimpinan Hadi.
"Kalau (veteran DAP) Lim Kit Siang (yang
mengatakan sesuatu), mereka tidak cakap (ia pendirian) peribadi. Namun,
bila Hadi cakap, mereka kata itu kenyataan peribadi.
"Mereka kena sedar, kita pilih mereka
untuk bantu Hadi. Tapi mereka tiba-tiba lawan presiden. Itu kurang ajar.
Mereka tidak sedar mereka tidak layak," katanya.
Multaqa sehari anjuran Dewan Ulama PAS
ini merupakan satu medan pertemuan para ulama dalam PAS bagi mengukuhkan
gerak kerja kepartian dan memaksimakan tugasan ahli ilmu dalam parti
Islam itu.
Seramai 14 perwakilan Dewan Ulama Negeri
tampil membahaskan usul ucaptama dari Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk
Ahmad Yaakob disusuli penggulungannya oleh Timbalan Mursyidul Am Datuk
Dr Harun Din .
Sementara itu, seorang lagi perwakilan
dari Kedah, Fauzi Hussain mendakwa wujudnya pihak yang cuba menghasut
ahli akar umbi untuk ingkar terhadap kepimpinan Ulama.
"Kepatuhan dan ketaatan kepada jemaah
merupakan persoalan pokok. Adakah kita boleh pertikaikan iman di kedai
kopi atau dalam Facebook?" soalnya.
Fauzi juga mempersoalkan kewajaran
penubuhan PasMa di Kelantan walaupun presidennya dari Kedah, mendakwa ia
seperti bertujuan melindungi pihak tertentu.
"Kita tahu siapa di belakang dia (PasMa), Jawatankuasa PAS Pusat sudah buat pendirian.
"Namun, masih ada suara sumbang yang
bukan sahaja mempertikaikan Majlis Syura Ulama, namun mempertikaikan
tindak tanduk presiden. Itu satu tindakan biadap," katanya.
Justeru itu, katanya, tindakan harus diambil dengan segera ke atas mereka yang cuba menggoyah kekuatan PAS.
"Kita mesti ada pendirian... Ibarat
antara suami isteri, kalau isteri buat hal, jika suami tidak
menceraikannya, maka digelar dayus," katanya.
Di akhir persidangan, multaqa itu
sebulat suara meluluskan usul menggesa Majlis Syura Ulama dan
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin ke atas
mana-mana pemimpin dan ahlinya yang terlibat dalam gerakan PasMa.
Antara lain, usul tersebut menetapkan
sebarang pelanggaran terhadap Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden
merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.-TMI
8 orang berkata:
ha ha ha...
siapa yg pilih presiden ni.
sampai takut sngt kena tolak...
ingatkan ulama bersidang utk bincang isu dan mslh masyarakat.rupa bersidang utk pertahankan kuasa.......kacau
ulamak minyak tahi.memndang hina orang lain bukan ulamak .hiduplah kamu dengan semua golongan ulamk.Pas akan kembali ke zaman silam.bye mbye.
ulamak minyak tahi.memndang hina orang lain bukan ulamak .hiduplah kamu dengan semua golongan ulamk.Pas akan kembali ke zaman silam.bye mbye.
Kalau tak suka najib keluar dari msia..
ini menteri umno ckp..
nanti hadi dah jadi PM..boleh ikut statement ni gak yer...
apa bezanya yg bersongkok tinggi dgn yg berketayap eikk??
perasan diri dah kuat...membersendiri pun nak diterajang...
Kumpulan Profesional atau liberal sila keluar PAS dan sertai PKR. Biar Lebai-lebai Babi ini yang tinggal dalam PAS. Semasa PAS belum berkuasa dan sedikit sokongannya dari rakyat, mereka ini (Lebai Babi) hanya duduk di barisan belakang dan takut untuk naik ke pentas ceramah atau majlis politik, tetapi apabila PAS diberi sokongan oleh segenap lapisan masyarakat dek kerana terpesona dan kagum kepada golongan profesional dan liberal dalam PAS, maka Lebai-Lebai Babi ini pula yang mengaku menaikkan nama dan perjuangan PAS. Tolong tinggalkan PAS dan biarkan mereka ini hancur, PAS bukan parti Nabi Muhammad SAW atau parti yang diiktiraf oleh Allah SWT, untuk perjuangan Islam masuklah parti mana sekalipun maka kamu masih mampu untuk memperjuangkan Islam yang dah sedia wujud di negara ini. Islam wujud dalam diri setiap kaum muslim dan bukan hanya dalam PAS.
Wahai syaitan2 pencacai diatas...korang bukan ahli kenapa sibuk...pi sokong pkr....kua...kua...kua...pas ditubuhkan utk tegakkan islam bukan nak layan pencacai macam korang....golongan abu lahab memang camtu....x faham islam. Kua..kua...kua
Memang puak2 ni serpihan umno...x faham perjuangan islam....solat pun tak cukup....tahu reformasi.....skrg apa jadi....reformasi tinggal 50 org.....x de yg sokong dah....pkr akan lenyap bersama anwar.....aku yakin permatang pauh akan dirampas oleh BN.....baru dia tau.
Pencacai diatas cakap mcm org bodoh bangang sampai x boleh beza org alim dgn jahil agama,kenapa perlu ada org2 seperti diatas yg menghembur kata2 kesat pada alim ulama yg brpandukan al-quran dan hadis.. Minta allah swt membalas dgn pghinaan kpd org2 ini sperti umat2 yg trdahulu.amin..
Post a Comment