Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KETUA PEMUDA PAS KUANTAN PERLU BUAT LAPORAN SEGERA ATAU KAMU PERLU DI PECAT

Ambil tindakan disiplin usaha jatuhkan Hadi
  • Abdul Hadi Awang
1 / 1
SERDANG - Dewan Ulama Pas Pusat menggesa Pemuda Pas Kuantan supaya membuat laporan disiplin ke atas pemimpin Pas Pusat dan ahli kumpulannya yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yaakob menegaskan laporan disiplin itu perlu dibuat bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan dan berpanjangan.

"Sekiranya tiada laporan disiplin dibuat, ia akan mengundang budaya tuduh-menuduh yang tidak berkesudahan.

"Setelah laporan disiplin dibuat, Jawatankuasa Disiplin atau ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas perlu menyegerakan siasatan dakwaan tersebut sama ada benar atau sebaliknya," katanya pada Multaqa Ulama Malaysia Semalaysia 2015 di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim pada 8 Februari lalu yang mendedahkan terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.

Noorzazilafadli juga mengemukakan akuan berkanun yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas yang terdiri daripada kalangan pemimpin Pas Pusat serta ahli kumpulannya yang berada di dalam sebuah kumpulan yang menggunakan Whatsapp sebagai medium komunikasi mereka.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan gerakan menyerang ahli Parlimen Marang itu sebagai usaha untuk menjatuhkan pemimpin Islam mengikut cara tidak syarie.

"Pihak kami memandang serius terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan persoalan wala' dan akhlak yang boleh merosakkan imej parti yang berasaskan Islam," ujarnya.

Beliau berkata lagi, tidak terkecuali tindakan disiplin juga perlu diambil ke atas mana-mana pemimpin dan ahli Pas yang terlibat dengan Pasma.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Bagus...buang ja yg terlibat....org mcm ni bkn ahli pas sebenar....gila kuasa....penyokong anwar & dap....apabila dpt memerintah negara...rasanya puak ni x kan daulatkan islam sbb bersekongkol dgn dap utk berkuasa....rakyat dibawah ni letih ja sokong.....sifat dan perangai puak2 ni sama ja dgn BN

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.