Pas tak akan tunduk ugutan DAP
SERDANG - Dewan Ulama Pas tidak akan menerima sebarang alasan dari
mana-mana pihak yang mahu menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ini termasuklah arahan dan ugutan daripada DAP agar isu hudud tidak dibangkitkan dalam PRU14.
“Ulama akan teruskan hudud kerana ia arahan dari ALLAH SWT bukan dari DAP. Kenapa kita perlu ikut DAP kerana dasar mereka lain iaitu mahu ke Putrajaya.
“Kita memang mahu menang tetapi bukan sekadar menang. Ulama tidak terima apa alasan (tolak hudud) kerana kita perlu tegakkan arahan ALLAH SWT,” katanya ketika berucap di Multaqa Ulama Semalaysia II bertemakan Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama, di sini, hari ini.
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ini termasuklah arahan dan ugutan daripada DAP agar isu hudud tidak dibangkitkan dalam PRU14.
“Ulama akan teruskan hudud kerana ia arahan dari ALLAH SWT bukan dari DAP. Kenapa kita perlu ikut DAP kerana dasar mereka lain iaitu mahu ke Putrajaya.
“Kita memang mahu menang tetapi bukan sekadar menang. Ulama tidak terima apa alasan (tolak hudud) kerana kita perlu tegakkan arahan ALLAH SWT,” katanya ketika berucap di Multaqa Ulama Semalaysia II bertemakan Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama, di sini, hari ini.
Katanya lagi, sebarang tanggapan bahawa Pas tergesa-gesa mahu
melaksanakan hudud juga tidak benar kerana rang undang-undang tersebut
telah diluluskan di Dun Kelantan pada 1993.
“Perjuangan untuk hudud sudah lama iaitu sejak Pas ditubuhkan lagi.
Malah, sebelum diluluskan di Dun Kelantan kita sudah mendapatkan
pelbagai pandangan.
“Hasrat kita yang penting ialah hudud dibawa ke Parlimen. Sama ada
diterima atau tidak, yang penting kita sudah bawa dan bentang di
Parlimen,” katanya.
Menurut beliau lagi, tahaluf siyasi yang dijalin dengan PR juga bukan jaminan pembangkang akan memenangi Putrajaya.
“Kita akan semak semula tahaluf siyasi dan jika ikut syarat, kita akan
teruskan. Jika mahu batalkan ada prosedur yang perlu diikut, bukan dalam
muktamar sebegini.
“Namun, kita asyik diasak untuk menang ke Putrajaya. Ingat, mahu menang
bukan kerana tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP tetapi dengan izin
ALLAH,” katanya.
Sementara itu, Mahfodz turut menepis tuduhan bahawa Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang berhasrat menubuhkan kerajaan perpaduan dengan
BN.
Sebaliknya, menurut Mahfodz, idea tersebut dibincangkan oleh Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BN yang disahkan sendiri
oleh anak beliau, Nurul Izzah.
“Abdul Hadi sudah tegaskan dalam muktamar lalu bahawa kita akan terus kukuhkan PR.
“Tapi yang peliknya Abdul Hadi yang dimaki hamun dan Anwar pula tidak diapa-apakan,” katanya.
Menyentuh mengenai pembabitan ahli Pas dalam Pasma, beliau menyarankan agar mereka keluar parti dan menubuhkan parti lain.
“Kita dah panggil Pasma dan tanya matlamat mereka. Mereka cakap Pasma ditubuhkan untuk kukuhkan PR.
“Tetapi ahli Pasma ini telah menghina pimpinan ulama. Mereka boleh
dianggap musuh dalam selimut dan lebih baik mereka keluar dan tubuhkan
parti lain,” katanya.
2 orang berkata:
Sekarang baru ahli Pas sedap dengar. Kenapa ambil masa lama sangat untuk mrnyatakan sikap dan pendirian hinggakan puak2 pengacau tersebut seolah2 menguasai Pas? Puak pengkhianat ini dapat bantuan daripada bloger2 macai PKR yang memang tidak suka kepada islam dan ulamak.
memang pada zahirnya nampak mcm ko x mintak izin dap dan pkr..namun ko jgn lupa atau buat2 lupa,didalam hukum demokrasi ni,setiap cita2 ko yg ingin ko laksanakan,wajib ko kena mintak izin/undi parlimen dulu utk dilaksanakan..(setelah ko dapat izin berkuasa dari semua manusia2 termasuk penyembah berhala di pru)..
kat parlimen sana pun ada gak tak ko perlu dapat izin/undi manusia2 termasuk penyembah2 berhala?(termasukla dari dap pkr semua)..mestilah ada bahkan wajib,kalo ko x perlu/wajib pada izin/undi manusia2 dan penyembah berhala(parlimen) buat pe ko nak bentangkan kat sana kan?
hukum demokrasi ni wajib dipatuhi tau jika ko telah registerkan hala tuju cita2 ko disini,ko telah buat cite2 ko tertakluk dibawah 1 hukum lain yg wajib ko patuh..(x sengaja/x perasan..wallahuaklam)
..sebab tu ko kene patuh bentangkannye dulu di parlimen utk dapat izin/undi di sana..
jgn wat2 lupa perkara ni..bukan rekaan saja2 cakap ni..ini hal yg benar utk dikongsikan insyaAllah..
(sekadar perkongsian utk renungan sesama sedara semua..mohon jgn mengamok)
Post a Comment