Monday, February 16, 2015
Agaknya apa percakapan Najib - Tengku Razaleigh 45 minit di udara?
Ramai yang tidak tahu Jumaat lepas Perdana Menteri Mohd Najib
Razak terbang untuk menghadiri pengembumian Tokguru Nik Aziz bersama
Tengku Razaleigh Hamzah.
Jarang atau boleh dikatakan tidak ada kesempatan itu sama sekali untuk mereka berdua berada dalam satu pesawat.
Walaupun atas kapal terbang itu ada beberapa menteri lain, tetapi ia bolehlah disifatkan penerbangan eksklusif mereka berdua.
Jarang atau boleh dikatakan tidak ada kesempatan itu sama sekali untuk mereka berdua berada dalam satu pesawat.
Walaupun atas kapal terbang itu ada beberapa menteri lain, tetapi ia bolehlah disifatkan penerbangan eksklusif mereka berdua.
Mungkin
kejadian ini tidak mendapat perhatian dan sorotan meluas media massa
kerana semua orang menumpukan kepada apa yang ada atau berlaku di Pulau
Melaka.
Media massa mungkin juga tidak sempat menghidu kerana peristiwa
pengembumian Tokguru Nik Aziz itu lebih penting dan bermakna daripada
apa-apa peristiwa lain pada hari itu.
Justeru tidak ada media massa memberi sorotan dan liputan penerbangan bersama mereka itu. Najib dan Tengku Razaleigh boleh disifatkan sebagai anak dengan bapa, atau pun murid dengan guru. Kerana Tengku Razaleigh lah orang diamanahkan Tun Razak Hussein mendidik dan mengajar Najib bermain politik dan juga berniaga.
Semasa Tengku Razaleigh menjadi pengerusi Petronas, beliau telah mengambil Najib dan meletakkan Najib menjadi salah seorang pegawai muda di syarikat nasional itu dalam masa sama juga diharap menjadi ahli politik.
Jadi apabila mereka tiba-tiba terbang bersama untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz ia sesuatu mengejutkan. Apakah Tengku Razaleigh tidak mampu untuk menyewa pesawat sendiri untuk ke Kota Bharu? Dan bukankah pesawat dinaiki Najib itu adalah pesawat rasmi perdana menteri?
Bagi saya ada maksud lain kenapa mereka berdua terbang bersama. Apa lagi ikut serta ialah Setiausaha Agung Umno Malaysia Teuku Adnan Mansor dan Mustapa Mohamed Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Apakah penerbangan itu bersekali dengan satu mesyuarat rengkas di antara mereka berempat? Khabarnya pada hari mereka ke Kota Bharu itu mereka berdua akan mengadakan satu pertemuan di Kuala Lumpur. Pertemuan itu katanya penting untuk masa depan negara dan juga ada kena mengena dengan perkembangan dalam Umno.
Tidak berani untuk dikatakan pertemuan itu atas kehendak Najib yang kini sedang diancam oleh Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin. Apakah pertemuan itu bagi membincangkan hal itu dan Tengku Razaleigh diminta membantunya?
Atau penerbangan itu kebetulan sahaja tanpa dirancang sedemikian rupa dan ia peristiwa biasa?
Dalam pada itu khabarnya yang beriya untuk mengajak (menanti) Tengku Razaleigh terbang bersamanya ialah Najib. Penerbangan itu katanya lewat selama hampir setengah jam dan menyebabkan Najib terpaksa menanti Tengku Razaleigh.
Situasi ini memperlihatkan penerbangan ke Kota Bharu itu penting sehinggakan Najib sanggup lewat kerana menunggu Tengku Razaleigh.
Agak-agaknya apakah perbincangan dan perbualan antara Najib dengan Tengku Razaleigh selama 45 minit dalam penerbangan ke Kota Bharu itu. Juga apakah merekan juga terbang pulang bersama dan memberi 45 minit lagi masa untuk mereka berbincang.
Kalau pun mereka memperihalkan atau mengenangkan Allahyarham Nik Aziz masakan ia memakan masa panjang. Ataupun mereka membincangkan soal Anwar Ibrahim yang kini diringkukkan dalam penjara.
Pun kalau ia, takkan
sampai 45 minit. Atau pun mereka sendiri merumuskan satu formula untuk
mengatasi masalah ekonomi negara yang mengecut sekarang ini?
Moleklah kalau Najib mulai nampak kebolehan dan peranan Tengku Razaleigh untuk membantunya dalam menghadapi masalah ekonomi yang dipikul negara kini.
Moleklah kalau Najib mulai nampak kebolehan dan peranan Tengku Razaleigh untuk membantunya dalam menghadapi masalah ekonomi yang dipikul negara kini.
Sudah lama ahli Umno bawahan mahu melihat Najib menjalinkan
kerjasama atau meminta tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada orang
seperti Tengku Razaleigh Hamzah itu.
Kalau Najib mempunyai nawaitu lebih jauh daripada itu mencari penggantinya, Tengku Razaleigh adalah sosoknya.
Pemilihan Tengku
Razaleigh boleh menyelesaikan perebutan antara dua kem dalam Umno kini
yang cuba mencuri tempat untuk mengganti dan menengkis Najib. [wm.kl.2:08 pm 16/02/15]
1 orang berkata:
Kalau Tengku Razaleigh menjadi sandaran Najib, orang tua kutuk tak sedar diri itu tetap juga berbulu.
Post a Comment