Sokong Pengampunan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim
PAS menzahirkan simpati kepada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim dan seluruh keluarga beliau atas hukuman penjara lima tahun yang
dikenakan kepada beliau. Pihak kami memahami bebanan berat dan perasaan
yang ditanggung oleh keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan pihak keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat
permohonan pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu
bukanlah suatu perkara yang salah kerana hak itu dijamin di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Ia juga tidak bermakna mereka telah mengaku
kalah dan bersalah tetapi ia adalah salah satu langkah yang diambil
dalam perjuangan panjang menegakkan keadilan di Malaysia. Ia bolehlah
diibaratkan seperti “take one step backward in order to jump to two
steps forward.”
PAS berharap semoga Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan yang akan bersidang kelak akan
mempertimbangkan permohonan tersebut dengan bebas, berani dan seadilnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
2 orang berkata:
cakap pandai orang politik, macam pakkaramu, cuba kalau bukan dari golongan dia mesti dia kata lantak kau lah
Kalau bukan dr geng pakkaramu x kan masuk penjara sbb penjara pak dia punya...ha..ha kaki ampu
Post a Comment