Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 23 April 2015

Permatang Pauh : Bagi Mat Sabu Senang Ler Bagi Arahan.


Apa sahaja keluar dari mulut Mat Sabu ia bermakna mewakili parti tetapi apa-apa kenyataan dari Presiden hanyalah pendapat peribadi. Kira Mat Sabu nih cukup hebat ler kerana semua kenyataannya adalah kenyataan rasmi PAS. Isu amaran dari PAS Permatang Pauh bukan kerana isu GST atau 1MDB tetapi isu yang amat besar bagi yang mengaku sebagai umat Islam iaitu Hudud.

Macai PKR dan DAP ingat ini adalah permainan politik PAS untuk membalas dendam sebagaimana mereka lakukan terhadap TGHH. Menolak Hudud bukan seperti menolak GST kerana ia melibatkan akidah umat Islam. DAP peduli apa dengan akidah umat Islam kerana ramai di kalangan pemimpin mereka sendiri tidak menganut mana-mana agama. Ramai yang kata pemimpin DAP adalah penganut Buddha, hakikatnya ramai dari mereka adalah penganut Kristian dan Ateis.

Kerana itulah mereka peduli apa tentang beragama, seperti kata-kata yang keluar dari mulut longkang keluarga Lim bahawa hukum Hudud tidak akan di laksanakan sampai bila-bila di Malaysia. Ini bermakna hujah para barua tunggu PR ke Putrajaya dulu baru ada peluang PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Gua cakap boleh jalan ler dengan angan-angan barua DAP dan PKR kerana belum menang pun mereka yang paling lantang menolaknya.

Tentangan hebat DAP terhadap hukum Hudud menunjukkan belang sebenar anak komunis nih kerana PAS memohon untuk di laksanakan di Kelantan sahaja kerana lebih 90 peratus penduduknya adalah beragama Islam. Malah telah dinyatakan bahawa hukum itu tidak melibatkan bukan Islam atau terhadap anak komunis DAP. 

PAS menggunakan Tahalluf Siyasi untuk bersama PKR dan DAP dalam PR demi menumbangkan rejim Umno/BN dan dalam masa yang sama menerangkan tentang kebaikan perundangan Islam tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dalam PR telah dinyatakan bahawa setiap parti menghormati dasar parti masing-masing dan 'setuju dengan tidak bersetuju'. DAP dengan lagak sombongnya telah memperbesarkan isu ini sehingga sanggup berUG dengan BN demi menentang perjuangan PAS. Sedangkan selama ini isu UG selalu di ratib oleh barua-barua DAP dan PKR. 

Kenapa mereka begitu tidak beradab, menyerang peribadi dan memutus hubungan dengan TGHH tetapi tidak kepada PAS. Cukuplah PAS dengan sikap kurang ajar DAP yang semakin sombong setelah 2 penggal memerintah P.Pinang. 

Gua nak tahu juga adakah kemenangan besar DAP di P.Pinang kerana kekuatan yang ada pada parti mereka. Jika ikut 'Projek Tanjung I, II, III' sehinggakan 2 pemimpin mereka Karpal dan LKS pernah kalah di kubu mereka kat P.Pinang. Realiti kemenangan DAP di P.Pinang ada sedikit sebanyak sumbangan PAS tetap ada dan adakah mereka merasa selesa pada PRU14 nanti.

Berkaitan sokongan PAS Permatang Pauh terhadap PKR bukan kerana ia PKR atau mendokong dasar-dasar sekular atau Islam liberal tetapi kerana mereka dengan jelas menyatakan yang mereka menolak hukum Hudud. Bagi PAS, syariat Islam mesti diutamakan dahulu kerana ia melibatkan akidah umat Islam. Bagaimana lu sebagai umat Islam meletakkan diri lu dalam situasi ini, mana yang lu dahulukan antara Allah dengan GST atau 1MDB.
Setiap kali PRU atau PRK, isu kemiskinan akan dimainkan tetapi yang miskin tetap akan menjadi miskin dan yang kaya yang bertambah kaya kerana itulah realiti politik di Malaysia. Lu laung sekuat mana pun tentangan lu terhadap GST, ia tetap di laksanakan. Jarang sangat suara/isu pembangkang diangkat oleh pemimpin negara untuk dituruti. Kenapa perlu menolak Hudud setelah semua undang-undang yang sejak merdeka di laksanakan tidak berkesan. 
Syariat Islam adalah jalan keluar yang terbaik dalam menangani semua isu yang berbangkit di negara kerana syariat Islam tidak memilih bulu dan darjat. Baik rakyat, pemimpin, pm atau raja adalah sama tarafnya apabila berada di dalam mahkamah Islam. Adakah mereka mengatakan yang mereka itu bijak pandai tetapi menolak hukum yang terbaik dari Allah S.W.T. buat hamba-hambanya yang beriman.
Percayalah jika PKR menang besar maka ia adalah dari gerak kerja DAP tetapi jika kalah, semua orang tahu PAS adalah kambing hitamnya. Jangan marah pada pengundi PAS jika mereka tidak mengundi PKR kerana PAS sudah diberitahu bahawa PKR tidak akan menyokong Hudud. Pengundi PAS adalah umat Islam yang cinta Allah dan Rasul Nya, pasti mereka tidak akan mengundi calon yang menolak hukum Allah S.W.T. GANR

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.