Mohd Zaidi nasihat Wan Azizah jangan bertanding
- Zaidi (tiga, kiri menyampaikan replika geran RM100,000 kepada Pengetua Sekolah Rendah Al-Masriyah, Zulkamal Abdullah hari ini.
PERMATANG PAUH - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan agar tidak bertanding dalam PRK kali ini sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sedia ada.
Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Dr Wan Azizah sudah mempunyai banyak tugas dan tidak perlu lagi menambah beban sehingga tidak mampu melaksanakannya kelak.
"Beliau memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga dan Adun Kajang.
"Jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, ia akan menambah beban tugasnya. Adakah beliau mampu melaksanakannya dengan berlari ke sana ke sini," katanya kepada media selepas menyerahkan geran pembinaan dewan tertutup bernilai RM100,000 kepada Sekolah Rendah Al-Masriyah Tanah Liat, di sini, hari ini.
Beliau berharap pengundi membuat keputusan untuk tidak menyusahkan Dr Wan Azizah kelak kerana tidak ada masa bersama pengundi dan tidak boleh kerap balik ke kawasan disebabkan mempunyai komitmen lain.
"Jika pilih juga, pengundi tidak boleh marah, mencaci dan menghinanya jika tidak dapat melaksanakan tuas yang diamanahkan.
"Elaklah dari kita semua menambah dosa sahaja, Oleh itu, pilih calon yang dapat memberi tumpuan sepenuh masa," katanya.
Menurutnya, pengundi Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat yang dapat memberi perkhidmatan sepenuh masa dan bukan hanya menjenguk kawasan sekali sekala.
"Amat malang kalau pengundi masih tidak nampak apa yang dilakukan oleh wakil rakyat PKR selama ini. Apa yang penduduk dapat dalam tempoh 17 tahun ini. Ada sebarang perubahan atau pembangunan yang mereka bawa di sini," katanya.
Sehubungan itu, pengundi Permatang Pauh diingatkan agar tidak memilih wakil rakyat berdasarkan sifat simpati semata-mata kerana ia tidak mampu membawa perubahan dan pembangunan.
Sebaliknya, mereka diminta menilai pelbagai bantuan da pembangunan yang disalurkan BN selama ini sebelum membuat pilihan pada hari pengundian kelak.
"Jangan pilih wakil rakyat mengikut perasaan simpati atau belas kasihan tetapi lantik yang boleh membantu mereka di kawasan ini," katanya..
Mengenai krisis Pas dan PKR, Mohd Zaidi berkata, ia tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN sebaliknya Umno berdiri dengan kekuatan sendiri berdasarkan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
"Krisis itu bukan kelebihan kepada BN tetapi kita hanya berkhidmat kepada rakyat. Kita buat macam-macam. Kini tiba masa rakyat Permatang Pauh menilai BN berdasarkan prestasi kerjanya, terutama sejak dua tahun lalu," katanya.
Beliau juga berharap pemimpin Pas dapat menasihati ahlinya agar pengundi mengikut kehendak dan naluri masing-masing dan bukan kerana tekanan atau arahan pusat.
Ditanya hubungan dengan Pas kawasan, Mohd Zaidi berkata, kebelakangan ini ramai penyokong Pas dan bekas pemimpin parti itu meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri diterajui DAP yang tidak memberi ruang kepada pemimpin parti itu dalam pentadbirannya.
"Mereka mengucapkan terima kasih apa yang dilakukan Umno di Permatang Pauh selama ini. Ada juga meluahkan perasaan dan tekanan yang dihadapi Pas selama ini.
"Mereka mulai sedar tidak diberi ruang membuat keputusan dalam pentadbiran Pulau Pinang dan terpaksa akur dengan keputusan dalam PR," katanya.

1 orang berkata:
Udah udah lah tu wak dan mbak dok nak nipu org ramai idakah judi itu haram dan sumber yg haram api nerakalah makanannya.
Allahu akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Post a Comment