Khamis, 9 April 2015
Hudud : Mengapa Majlis Fatwa Membisu...!!!!
Gua cukup pelik bila majlis fatwa diam seribu bahasa kerana ia
melibatkan akidah umat Islam. Inilah jadinya bila majlis fatwa menjadi
yang sepatutnya memainkan peranan mereka lebih suka menyelamatkan
kerajaan dengan menghalalkan yang haram dari menyelamatkan umat Islam.
Mereka sanggup membiarkan akidah umat Islam rosak dari menyatakan
kebenaran demi menjaga periuk nasi mereka sendiri.
Bukan mereka tidak tahu bahawa Islam bersifat universal yang melangkaui
sempadan tanpa mengira apa bangsa mereka. Inilah ulama yang telah
dinyatakan dengan jelas didalam al-Quran dan hadis yang sanggup menjual
agama dengan harga yang murah. Gua tidak peduli jika penolakan hukum
Hudud oleh cauvish DAP, MCA, MIC dan yang sewaktu dengannya.
Amat malang bila mereka menganggap perjuangan ini hanya bertumpu kepada
PAS tanpa memikirkan bahawa mereka akan menjawab di hadapan Allah S.W.T
nanti. Majlis fatwa kebangsaan tidak perlu menunggu arahan dari
pemerintah yang sememangnya cukup menyenangi dengan hukum Allah S.W.T
kerana pemerintah tahu bahawa jika hukum ini terlaksana maka mereka
tidak boleh lari walau sekebal mana pun mereka.
Bagi PKR yang merasakan mereka semakin gagah setelah mendapat
pertolongan dari PAS dengan menggunakan jentera dan sokongan PAS semakin
hari semakin naik tocang. Sedarkah mereka yang kebanyakan akar umbi
mereka cukup marah dengan penolakan total mereka terhadap EKJS II
Kelantan benar-benar menguji kesabaran akar umbi. Lu boleh lihat
bagaimana para pemimpin tertinggi PKR yang sekarang berkedudukan dari
tiada apa-apa hanya berada di kalangan mereka yang mana mereka merasakan
tidak perlu turun padang mendengar pendapat ahli-ahli mereka yang
beragama Islam.
Mereka cukup marah bila ada adun mereka yang menyokong usul yang dibawa
oleh PAS walau pun mereka tahu sokongan itu bukan kerana PAS tetapi
kerana mereka ada kesedaran antara arahan parti dengan arahan Allah
S.W.T. Adakah PKR dan DAP merasakan yang PAS sudah tidak berguna lagi
untuk merealisasikan impian mereka ke Putrajaya. Sebagai parti yang
lebih sumber rujukan mereka ialah al-Quran dan Hadis, hukum Allah S.W.T
lebih penting dari segala-galanya yang berada di dunia ini.
Memang PAS dari awal penubuhannya telah bercita-cita untuk menang
pilihan raya dan memerintah negara tetapi apabila ia melibatkan dua
persimpangan antara hukum Allah S.W.T dengan Putrajaya, pasti hukum
Allah S.W.T wajib didahulukan. Usah mengugut PAS yang parti itu akan
kehilangan banyak kerusi jika hukum ini terlaksana, mereka boleh
membaruakan apa sahaja yang akan mengikut telunjuk mereka. Kerana itulah
Pasma ditubuhkan sebagai NGO.
Demi agenda jahat mereka, maka diletakkan beberapa barua didalam PAS
agar PAS dapat dikucar kacirkan tanpa mengkaji sejarah PAS yang cuba di
nutralkan di zaman Datuk Asri. Sebagai pendokong gerakan Islam di
Malaysia, sejarah telah melalui pahit maung dalam politik sebelum
merdeka lagi. PAS bukan parti yang melakukan bai'ah membabi buta
terhadap pemimpin mereka sebagaimana pemimpin itu sendiri terikat dengan
bai'ah mereka terhadap dasar tertinggi umat Islam iaitu al-Quran dan
al-Hadis.
Walau sehebat mana pun pemimpin itu jika mereka sendiri melanggar bai'ah
mereka maka dengan sendirinya bai'ah ahli akan gugur secara automatik
terhadap pemimpin itu. Kerana itulah apa yang dibawa oleh PAS bukan
terpikul di bahu PAS semata-mata tetapi semua umat Islam tanpa mengira
keilmuan mereka akan terpikul sama. Pada pandangan gua kerjasama politik
(Siyasah Siyasi) antara PAS dengan DAP dan PKR patut dikaji semula
setelah dalam diam-diam DAP dan PKR melakukan sabotaj terhadap PAS
dengan menaja Pasma.
Adakah mereka sudah merasakan cukup angkuh sehingga mengarahkan agar
Pasma di daftarkan sebagai parti politik dalam usaha mereka
menyingkirkan PAS. Signal telah diberikan kepada Pasma yang mempunyai
keanggotaan seramai 4 juta keahlian sudah cukup untuk cita-cita mereka
ke Putrajaya. Semoga usaha jahat mereka akan di kuburkan oleh lubang
yang mereka sendiri gali. Penolakan mereka terhadap RUU EKJS tidak
sedikit pun merugikan PAS di atas dunia ini kerana sekurang-kurangnya
PAS sudah menyampaikan amanah Allah S.W.T.
Bagi umat Islam pula PAS telah berlepas tangan kerana mereka telah pun
menyeru kepada umat Islam, beban PAS semakin ringan. Masalah umat Islam
yang mengaku hebat-hebat akan keilmuan mereka, bukan menjadi tanggung
jawab PAS sekiranya mereka menolak dan berbahagialah bagi yang menerima
seruan PAS. Bagi pemimpin DAP dan PKR, dunia ini adalah milik mereka
kerana kuasa adalah segala-galanya buat mereka, semoga Allah S.W.T
memberi hidayah buat mereka sebelum tibanya ajal mereka.
Buat umat Islam tanpa mengira parti mana pegangan mereka dan apa bangsa
mereka, dunia ini hanya tempat buat mereka mencari bekalan yang akan di
timbang di Padang Mahsyar nanti. Tidakkah dunia ini umpama neraka buat
umat Islam dan syurga bagi bukan Islam tetapi masih ada umat Islam yang
menganggap 80 tahun hidup di dunia sudah cukup lama sedangkan mati itu
benar, di bangkitkan itu benar, di hisab itu benar, neraka dan syurga
itu benar, hidup kekal abadi selepas mati itu benar. Lu dengan agama lu,
gua dengan agama gua dan jika dunia lu kejar maka dunia lu dapat, jika
akhirat lu kejar maka lu memang orang-orang yang beruntung.
Ingatlah bro, di akhir zaman umat Islam bilangannya dengan Yakjuk dan
Makjuk ialah 1 dalam 1000 atau seorang mukmin persamaan dengan 999
Yakjuk dan Makjuk. Tidakkah telah nyata di hadapan umat Islam yang
tembok binaan Iskandar Zulkarnain untuk menghalang Yakjuk dan Makjuk
sudah lama runtuh. Kerana itulah bilangan yang menyokong hukum Allah
S.W.T amat sedikit, buktinya lihatlah bilangan umat Islam yang menyokong
hukum Allah S.W.T amat sedikit berbanding yang menentang. Semoga kita
berada di kalangan yang sedikit selagi kita berpegang kepada al-Quran
dan as-Sunnah.
0 orang berkata:
Post a Comment