DAP dinasihatkan jangan gopoh keluar kenyataan
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini
menasihatkan pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng agar
tidak gopoh dan bersabar dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
disifatkannya diluar pemikiran.
Malah, Mustafa akui hairan dengan kenyataan-kenyataan keluar dari mulut Kit Siang dan Guan Eng terutama berhubung perjuangan Enakmen Jenayah Syariah yang dibawa Pas.
"Kenyataan yang dikeluarkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng gopoh...tak sabar. Saya hairan bagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat Kit Siang...benda yang saya tak terfikir.
"Kebelakangan ini, kerana hudud (kenyataan Kit Siang) 'Malaysia perlu diselamatkan dari hudud' dengan sebab itu, dia (Kit Siang) boleh keluar kenyataan 'selamatkan kerajaan Malaysia'. Nak selamatkan Malaysia daripada apa?
"Kemudian dia buat kenyataan sanggup kerjasama dengan Tun Mahathir (Mohamed)...sedangkan dia jarang-jarang sebut baik pasal Tun Mahathir. Dua-dua usul itu tak ada sambutan pun dari rakyat," katanya pada sidang media, hari ini.
Dalam pada itu, beliau akui menghormati Kit Siang namun kenyataan Penasihat DAP itu sejak kebelakangan ini dilihat seperti ahli politik yang tidak berpengalaman.
Ketika diminta mengulas soal serangan Guan Eng sejak kebelakangan ini, Mustafa berkata, beliau sempat menasihatkan pemimpin nombor satu Pulau pinang itu.
Katanya, Guan Eng dilihat serba salah untuk menghadiri Mesyuarat PR kerana konflik dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Sekarang ini saya rasa dia serba salah. Sebab pemimpin yang mempengerusikan mesyuarat (PR), Kak Wan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata nak panggil mesyuarat. Kalau panggil mesyuarat kena panggil semua, Guan Eng nak jumpa (datang) macam mana? Dia dah tolak Tok Guru Haji Hadi.
Haji Hadi tak ada masalah (untuk hadir). Waktu dia boleh hadir, dia hadir. Waktu dia tak boleh hadir, dia tak hadirlah.
"Tapi sebab dia (Guan Eng) sudah potong diri (putuskan hubungan) dia (Hadi)...Sebab itu kita tak boleh kasar macam itu...tak kenalah. Saya nasihatkan tak kenalah cakap kasar begitu, jangan gopoh, sabar sedikit. Apa-apa perbezaan pandangan, bincanglah. Hudud ni bukan benda baharu pun. Lama dah. Saya tak perlu ulanglah," katanya.
Beliau juga menegaskan permasalahan antara Pas dengan DAP tidak memberi masalah kepada PR.
"Saya kata PR tidak ada masalah kerana PR ada tiga parti. Jadi, kalau Pas dengan DAP ada masalah, saya tidak menafikan, mungkin hal ini dikaji. DAP, Pas kaji...mungkin. Tapi bukan PR," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment