-
Diterbitkan: 03 Jun 2015
-
SHAH ALAM: Perwakilan dari Kedah, Mohd Slim Mahmud meminta Pemuda PAS Malaysia memperkukuh hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau ketika berucap pada Muktamar
Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 turut meminta agar penyatuan diwujudkan
semula selepas berakhirnya muktamar.
"
Kita harap muktamar ini akan menyatukan kita semua, harap bila kita
balik nanti akan bersatu semula untuk menentang musuh kita sebenar dan
bukannya musuh sesama sendiri.
"Kita mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat di samping kita mandaulatkan kepimpinan ulama berpaksikan Islam," ucap beliau.
Beliau turut berkata, isyarat kemenangan sudah mencukupi syarat dan kemenangan itu akan dikecapi oleh PAS.
"Syarat kemenangan telah kita perolehi dan penuhi, kita akan dapat mengecapinya.
"Memang kita perlu sokong semua pihak tetapi jika sokongan itu mengancam akidah ia perlu kita ketepikan," sambung beliau lagi.
Sementara itu, proses pemilihan telah
tamat pada jam 12.30 tengah hari tadi setelah 736 perwakilan mula
mengundi apabila ia dibuka pada jam 10.15 pagi tadi.
Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Timbalan
dan Naib telah memulakan proses pengundian bagi memilih barisan exco
baru untuk sesi 2015-2017. - HARAKAHDAILY 3/6/2015
2 orang berkata:
learn this here now bags replica ysl why not try these out best replica bags read the full info here high quality designer replica
replica bags from china replica hermes bags o7v41u4s77 replica bags delhi right here n2r74j6z25 bag replica high quality replica bags qatar replica bags reddit check this site out w1l93c9v03 replica bags vuitton
Post a Comment