MERAH PADAM MUKA DAP DAN MEREKA-MEREKA YANG TAK TAHU BAHASA MESYUARAT, DEME KATA PAS DAH PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP, USHUL DEWAN ULAMAK PUTUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN DAP, MENYINGA TIDAK TERKIRA LA ORANG YANG NAK CEPAT DUDUK KAT PUTRA JAYA, TETIBA HADI AWANG KATA ITU USHUL BUKAN KEPUTUSAN ! ADA YANG MERASA LEGA DAN ADA YANG TERUS MENJADI BINGUNG DAN BANGANG, RUPANYA MEREKA TAK TAHU BAHASA MESYUARAT - Pak Karamu
Putus hubungan: Ia hanya usul, bukan keputusan
- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pada sidang media Muktamar Tahunan Pas ke 61. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA SELANGOR - Usul putus hubungan antara DAP- Pas hanyalah usul yang
dibawa oleh perwakilan pada Muktamar Dewan Ulama Pas dan bukannya
keputusan oleh seluruh perwakilan dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-61.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi berkata, usul tersebut hanya di peringkat Dewan Ulama, sekali gus tidak menentukan hala tuju hubungan DAP dan Pas dalam PR.
Beliau sebaliknya menekankan konsep kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang diamal Pas sejak lama dahulu.
"Ia hanyalah satu usul, bukan keputusan. Ia dipersetujui perwakilan Dewan Ulama, bukan keputusan yang dipersetujui oleh seluruh dewan muktamar hari ini.
"Pas melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini dalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama seperti menentang kezaliman, rasuah, ketirisan, urus tadbir telus dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Dewan Ulama Pas Pusat semalam sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
Usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik disambut dengan laungan 'takbir' oleh semua perwakilan yang hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54, semalam.
Sejurus usul tersebut dikemukakan, seorang perwakilan dari Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa menyokong usul tersebut susulan serangan bertali-arus pemimpin DAP terhadap peribadi Abdul Hadi.
Bagaimanapun tambah Abdul Hadi, perwakilan muktamar berhak penuh dalam membuat keputusan terhadap usul tersebut.
"Itu semua keputusan mereka (perwakilan muktamar). Mereka yang akan putuskan terhadap usul yang dicadangkan, bukannya saya," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment