Komponen BN tolak hudud, Umno diam sahaja?
SHAH ALAM – Tindakan parti komponen BN seperti MCA yang terang-terangan
menolak pelaksanaan hudud akan terus dibiarkan bagi memastikan
kerukunan perhubungan antara Umno dengan rakan-rakannya.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa,
pemimpin-pemimpin tertinggi Umno juga akan berdiam diri mengenai isu
itu.
“Saya tidak fikir mana-mana entiti di dalam Umno akan membantah
perbuatan parti komponen mereka ini. Bahkan pimpinan tertinggi Umno pun
pasti akan berdiam diri bagi memastikan rumah tangga BN aman damai.
[ARTIKEL BERKAITAN: MCA, parti lain janganlah cemburu]
“Justeru, pengundi-pengundi Umno dalam pilihan raya umum yang lepas
sudah tentu dapat membuat penilaian yang terbaik, parti mana baik untuk
umat Islam di negara ini,” katanya dalam kemas kini status di Facebook.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sekali lagi
menghulurkan 'tali silaturahim' kepada Pas selepas berbuat demikian pada
Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
Namun MCA yang merupakan rakan komponen Umno dalam Barisan Nasional
menegaskan, Pas perlu menggugurkan agenda hudud jika mahu menyertai
gagasan itu.
0 orang berkata:
Post a Comment