Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHU PAKATAN RAKYAT

Pas mahu kekal kerajaan PR
PR
 
SHAH ALAM - "Tumpuan Pas Selangor adalah kepada kerajaan yang ada sekarang, bukannya kepada kerjasama dengan Umno." demikian tegas Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman kepada Sinar Harian. 
 
Menurutnya, sehingga hari ini, Pas tidak akan pergi kepada Umno dan Umno juga tidak akan datang kepada Pas.

“Di negeri ini (Selangor), Umno pun tak nak dekat pada kita dan kita juga tak akan dekat dengan Umno.

“Kita (Pas) dah ada kerjasama dengan PKR dan DAP, buat apa kita nak bersama Umno...lagipun tumpuan kita di Selangor adalah nak jaga kerajaan yang ada sekarang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno secara terbuka menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk sama-sama membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.‎

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program baik pulih rumah asnaf di Desa Impian, Merbau Sempak, Sungai Buloh, di sini bersama pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), semalam.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, Pas Selangor harus mengekalkan kerajaan yang ada sekarang dengan PKR dan DAP.

“Disebabkan itu, kita tak nak ada unsur-unsur yang boleh mengganggu prestasi kerajaan negeri, sebab kita nak tumpu pada kepentingan rakyat,” katanya.

Mengulas adakah Pas Selangor khuatir wujud persaingan sokongan pengundi antara mereka, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP pada PRU akan datang, beliau menjelaskan, Pas Selangor tidak khuatir dengan Amanah dan DAP memandangkan setiap parti mempunyai market dan pengundi sektor yang berbeza.

“Sebagai contoh, DAP dalam kawasan yang 70 peratus Cina...dia kuat, tetapi dalam 70 peratus pengundi Melayu, DAP dengan Amanah tak boleh masuk.

“Jadi Umno atau Pas masih relevan dalam kawasan yang majoritinya pengundi Melayu,” katanya.

Menurut Khairuddin lagi, jika DAP berhasrat untuk pecahkan undi di kawasan yang dimenangi Pas, dia kena ingat Pas juga boleh pecahkan undi di kawasan yang dimenangi DAP.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.