Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAYANG PADA SUAMI ISTERI BERPADA-PADA ?

IS: Wanita dipenjara kerana lindungi suami
Didakwa lindungi pengganas
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani.
 
KUALA LUMPUR - Ketua kerani di Jabatan Perangkaan Negara dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melindungi suaminya yang juga seorang pengganas Negara Islam (IS). 
 
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah poliklinik di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah, tahun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa lindungi pengganas]

Menurut laporan sebuah portal berita, hakim, Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Poziah Harun, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh tangkapan, 19 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Poziah didakwa melindungi Zulkarnain Ghaz Abdul Ghani yang diketahui melakukan perbuatan pengganas di sebuah poliklinik di Jalan Masjid, Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah, dari awal September hingga Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130K kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda atau 20 tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.