Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TARIK LESEN NIAGA DAN PECAT PENGUATKUASA PADA HARI TERSEBUT

Susulan Siri Penipuan Di Kompleks Kota Raya - Gerakan Merah Turun Padang, Mahu Adakan Demo Petang Ini.

Antara dua siri penipuan yang viral sejak dua hari lepas.

Rujuk sini dan sini.

Satu kes diselesaikan oleh PPIM (bawa 4 kes dan selesaikan 4 aduan) dan satu kes lagi diselesaikan oleh kumpulan bebas.

Kalau kita teliti dalam kes penipuan pertama, kita dapati KPDNKK memang perangai macam gampang sikit.

Tengok ;


 
Pengadu sendiri komplen bahawanya KPDNKK tak proses dengan tak mengambil sebarang tindakan.

So, aku tak pelik juga kenapa PPIM dan kumpulan perseorangan terpaksa ambil tindakan sendiri.

Dalam kes penipuan kedua, ketika disebarkan, ada yang bagitau aku dah bawa ke KPDNKK untuk disemak, tetapi still takde respon juga. Akhirnya kumpulan persendirian yang tampil membantu menyelesaikan masalah pakcik tersebut.

Ini kata mereka ;



Maklumat penuh baca sini.

Aku terbaca di ruangan komen, ada yang kata, geng2 neh kadang yang meniaga tu spesis samseng. So faham-faham la cara mereka meniaga. Kebanyakkan mangsa ialah warga asing tetapi orang tempatan pun ada juga yang terkena.

Aku memang meluat la dengan samseng2 neh. Dan makin meluat bila tiada tindakan diambil untuk menghukum samseng2 neh. Kena bela ke apa?

Hihi.

Petang neh, geng2 yang serang Low Yatt akan menyerang Kompleks Kota Raya.

Kedai yang aku syak bakal jadi sasaran ialah TRUE TITANS.

Ini laporan dari Malaysiakini ;


‘Gerakan Merah’ mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan di Kompleks Kota Raya di ibu negara petang ini.

Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom berkata, perhimpunan yang dijangka "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu berikutan tindakan seorang peniaga telefon bimbit berbangsa Cina yang mengurung pelanggannya.

"Perhimpunan ini pasal kedai jual telefon yang tipu dan mengunci pelanggannya. Kita nak pergi tengok apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini ibarat di Low Yat.

"Kita tak mahu peniaga ini sewenangnya menipu dan ambil tindakan undang-undang sendiri," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh Gerakan Merah petang ini, beliau berkata:

"Saya yakin dan percaya, benda ini akan jadi macam Low Yat. Jadi dengan kebijaksanaan saya sebagai ketua Gerakan Merah, saya akan selesaikan dengan cara berhemah dan tak gunakan kekerasan," katanya.

Bila agensi kerajaan gagal mainkan peranan, tak pelik juga bila NGO berkepentingan akan mengambil tindakan. Samada mereka akan mengeruhkan keadaan atau menyelesaikan masalah kita sama-sama tunggu dan lihat hasilnya selepas neh.

Kbai.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.