Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
24 peratus sudah tunai tanggungjawab
24 peratus sudah tunai tanggungjawab
Seramai 2,004 pengundi akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar yang mempunyai empat saluran mengundi dengan 32 pegawai bertugas. - Foto Sinar Harian

KUALA KANGSAR - Proses pengundian di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Talang berjalan lancar setakat jam 10.15 pagi ini.

Seramai 2,004 pengundi di pusat mengundi tersebut yang mempunyai empat saluran mengundi dengan 32 pegawai bertugas.

Dua calon dan wakil calon yang bertanding turut hadir bertemu dengan pengundi di sini.

Terdahulu, kira-kira jam 8 pagi tadi, calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad tiba di SK Talang bertemu pengundi bagaimanapun enggan memberi sebarang komen tentang proses pengundian.

Turut hadir di SK Talang bertemu pengundi dan perayu undi, Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman bersama-sama anak-anak calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi.

Calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli kemudiannya tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira jam 9.40 pagi.

Beliau yang ditemani isteri, Kamaliah Noordin kemudiannya bertemu pengundi di sekitar pusat tersebut selama kira-kira 10 minit.

Bercakap kepada media, Ahmad Termizi berkata, SK Talang merupakan pusat mengundi kelima yang disinggahi.

Mengenai peluang untuk menang pada PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar ini, beliau menyerahkan semuanya kepada ALLAH.

"Alhamdulillah, semua tempat yang saya lawat tadi prosesnya berjalan lancar," katanya. Tinjauan Sinar Harian di sini mendapati pengundi yang hadir pada sebelah pagi kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan suasana pengundian berjalan lancar.  

‎Berdasarkan maklumat semasa yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) peratusan keluar mengundi bagi keseluruhan pusat mengundi bagi kawasan Parlimen Kuala Kangsar sehingga jam 10 pagi tadi berjumlah 24 peratus.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.