Menang PRK, isyarat PRU wajar diawalkan
KUALA LUMPUR - Kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Kecil Kuala
Kangsar dan Sungai Besar disifatkan sebagai satu fenomena membuktikan BN
kembali mendapat tempat di hati rakyat, sekali gus mampu memberi
keyakinan buat kawasan-kawasan berpotensi lain memenangi PRU akan
datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk
Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia dilihat sebagai trend
dan perubahan sikap pengundi bermula dari pilihan raya di Sarawak
baru-baru ini.
Menurutnya, situasi itu juga dilihat sebagai satu tempoh sesuai sekiranya PRU mahu dilakukan lebih awal.
"Pengundi sudah sedar bahawa politik pepecahan yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh pakai.
"Analisa juga menunjukkan politik memburukkan pemimpin dan
mensensasikan isu tidak berkesan kerana pengundi mungkin sudah
jemu,"katanya ditemui pada program memasak bubur lambuk di Dataran Kondo
Rakyat, Pantai Dalam, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Bahagian Lembah
Pantai berkata, pada PRU lalu, politik dengan cara mencemuh pemimpin
dengan isu-isu yang disensasikan, mungkin menjadi penentu kemenangan,
seperti mana yang berlaku di Lembah Pantai sendiri apabila beliau
dikaitkan dengan skandal penjualan sebidang tanah.
"Akhirnya, setelah mereka (PKR) menang, barulah (Ahli Parlimen Lembah
Pantai) Nurul Izzah (Anwar) mohon maaf tentang fitnah itu.
"Namun perkara sebegitu mungkin sudah tidak berkesan pada waktu
sekarang ini kerana pengundi lebih mahu tahu tentang pembangnan dan
bagaimana untuk kita beri khidmat pada rakyat, menerusi pembangunan dan
sebagainya.
"Pengundi cina juga sudah sokong BN apabila kita boleh lihat beberapa
kawasan mejoriti cina di Sungai Besar, turut menang," katanya.
2 orang berkata:
Sebenarnya sbb org dah tak suka pis. Pisang banyak dimakan untaa dan keldai. Bapak baghal mengawal pisang.
Kalau ore dah tak suka pas,macam mana pas masih dapat 6900 undi melayu.
Bagaimana dgn PH yg hanya mengharap undi cina? Hanya dapat 3600 undi melayu? Adakah ini juga pengundi dah muak dgn politik fitnah ph?
Post a Comment