Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI MUNGKIN RENDAH


58 peratus keluar mengundi setakat 2 petang
PRK Sungai Besar
PRK Sungai Besar

SUNGAI BESAR - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar berjalan lancar dengan 24,572 atau 58 peratus daripada 42,365 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.
Berdasarkan permantauan Bernama di beberapa pusat daerah mengundi mendapati kehadiran pengundi semakin berkurangan walaupun keadaan cuaca cerah dan tidak terlalu panas.
  
Peraih-peraih undi yang kelihatan bersemangat pada awal pagi tadi, kelihatan sudah agak kurang agresif untuk menarik perhatian pengundi.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi, Dr Abdul Rani Osman daripada Pas dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebanyak 42,365 pengundi biasa layak mengundi hari ini selepas 265 orang atau 92.6 peratus daripada 286 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Selasa lalu (14 Jun).
  
Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran dibuka tepat 8 pagi tadi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum di bawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Bernam, di sini.

PRK kawasan Parlimen Sungai Besar diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
  
Ia diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar, Perak juga berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas yang sama. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.