MASALAHNYA BUKAN ANTARA PAS DAN AMANAH AKAN TETAPI ANTARA PAS DAN PAKATAN HARAPAN, ANDAINYA ANTARA PAS DAN AMANAH MAKA AMANAH PERLU SETABILKAN ANGGOTA PARTINYA TERLEBIH DAHULU, KEMENANGAN AMANAH BUKA KERANA KEKUATAN AMANAH AKAN TETAPI KEKUATAN PAKATAN HARAPAN YANG TERDIRI DARI DAP DAN PKR, AMANAH APA YANG ADA ? SEKALIPUN NAMANYA DISEBUT.
PAS TAK NAMPAK AMANAH SUATU PARTI YANG BERDAYA SAING SEKALIPUN DENGAN DAP DAN PKR, DIA HANYA PARTI BARU, SEBAB ITU JANGAN BANDINGKAN ANTARA PAS DAN AMANAH, RASANYA MUDAH UNTUK DIFAHAMI - Pak Karamu
Parti kalah kena bangkit untuk PRU14
SHAH ALAM – Parti yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala
Kangsar dan Sungai Besar hari ini perlu menerima kekalahan dan mula
memperbaiki kelemahan parti masing-masing.
Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis berkata,
langkah tersebut lebih penting bagi meraih sokongan pengundi dan
masyarakat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Antara Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) kita tahu memang wujud
persaingan. Sekiranya Pas atau Amanah kalah antara satu sama lain, parti
yang kalah perlu cari kelemahan parti sendiri dan segera baiki.
"Samalah juga dengan BN, sekiranya BN mengalami kekalahan ada kedua PRK
atau salah satu PRK, BN perlu segera memantapkan parti sebelum
menjelangnya PRU,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
PRK bagi kawasan Parlimen Sungai Besar diadakan hari ini bagi mengisi
kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ia diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar, Perak juga berikutan
kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar
Wan Ahmad dalam nahas yang sama.
0 orang berkata:
Post a Comment