Hampir 60 peratus sudah keluar mengundi
KUALA KANGSAR - Proses pengundian pada pilihan raya kecil (PRK)
Parlimen Kuala Kangsar berjalan lancar dengan 59 peratus atau 19,253
daripada 32,632 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim
Abdullah berkata, pihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada
PRK itu adalah 75 peratus.
Katanya aliran mereka yang keluar mengundi di beberapa Pusat Daerah
Mengundi (PDM) dilaporkan agak perlahan, antaranya di PDM Bendang
Kering, PDM Ulu Kenas, PDM Seberang Manong dan PDM Ketior.
Keadaan trafik juga dilaporkan sesak di beberapa kawasan di Kuala Kangsar, selain cuaca agak terik setakat 2 petang ini. Semua 23 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi akan ditutup 5 petang ini.
PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai
Besar, Selangor hari ini berikutan kematian Ahli Parlimen masing-masing
iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah
Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. -
Bernama
1 orang berkata:
Bye bye pas. Sila tutup kedai di selangor. Suruh menanti hadi balik carik makan di marang, dok buat menyemak jer dlm kerajaan negeri selangor.
Post a Comment